Page 110 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 110
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
12.0 TATACARA KEWANGAN
12.1 Bayaran Tambahan Tahun 2018 (Tertakluk kepada perubahan semasa)
A. YURAN ASRAMA: (Surat Rujukan Bahagian Kewangan tarikh 11 November 2009, KP(BKEW/BT)1800/D
Jld.3 (36)
1. Yuran Makan Asrama RM 1 sehari x 250 hari
(pendapatan RM 4,999 sebulan dan ke bawah) RM 250.00
atau
2. Yuran Makan Asrama RM 3 sehari x 250 hari
(pendapatan RM 5,000 sebulan dan ke atas) RM 750.00
B. YURAN SUWA
1. Majalah Sekolah RM 20.00
C. LAIN-LAIN : (AKAUN PIBG)
1. Yuran PIBG RM 60.00
2. Dobi Asrama RM 90.00
3. Insuran Tambahan (Kecederaan) RM 53.00
(Termasuk SST)
Jumlah RM 203.00
Bayaran Yuran Makan Asrama (YMA)
Surat Bahagian Kewangan, KP(BKEW/BT) 1800/D Jld.3(33) bertarikh 11 November 2009 berhubung Yuran
Makan Asrama (YMA) : Mulai Tahun 2010, YMA sebanyak RM1.00 kekal dikenakan kepada ibu dan bapa/penjaga
murid dengan pendapatan berjumlah RM4,999.00 sebulan dan ke bawah. Bagi ibu dan bapa/penjaga murid
pendapatan RM5,000.00 sebulan dan ke atas, mereka dikenakan bayaran YMA sebanyak RM3.00 sehari.
Sementara murid Asrama Pendidikan Khas, Murid Orang Asli, PPRT, Asrama Desa, Asrama sekolah di negeri
Sabah, Sarawak dan WP Labuan kekal dikecualikan daripada membayar YMA.
12.2 TATACARA KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN
12.2.1 Guru-guru hendaklah mengisi borang Lantikan Sebagai Pemungut Wang Sekolah/Asrama.
12.2.2 Guru-guru hendaklah mengambil buku resit sendiri dari Pembantu Tadbir dan Bendahari PIBG (tidak
boleh diwakilkan kepada orang lain).
12.2.3 Setiap buku resit yang diterima hendaklah dikira bilangan muka suratnya dan disahkan kandungan muka
surat buku resit itu dengan menandatangani di bahagian kulit buku resit.
12.2.4 Buku Resit Sekolah digunakan untuk merekod kutipan Bayaran Majalah Sekolah, manakala Buku Resit
PIBG digunakan untuk merekod semua bayaran-bayaran yang lain.
12.2.5 Buku resit adalah dokumen yang diaudit. Oleh itu buku resit perlu disimpan dengan cermat dan selamat.
Kehilangan buku resit mesti dilaporkan kepada pihak polis.
12.2.6 Guru-guru hendaklah mengeluarkan resit setiap kali menerima bayaran dari pelajar / ibu bapa / penjaga.
12.2.7 Pastikan semua kutipan diserahkan ke pejabat atau Bendahari PIBG pada hari yang sama resit
dikeluarkan. MENYIMPAN KUTIPAN BAYARAN ADALAH SUATU KESALAHAN.
12.2.8 Pastikan bayaran yang dikutip adalah betul seperti senarai bayaran yang diluluskan seperti jadual di atas.
12.2.9 Pindaan pada resit dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama ada dipotong atau dipadam
dengan Liquid Paper. Jika berlaku kesilapan semasa menulis resit, resit tersebut hendaklah
dibatalkan dan dikeluarkan resit baru. Resit yang dibatalkan hendaklah disimpan/dikepilkan
dengan salinannya untuk tujuan audit.
109

