Page 111 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 111
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
12.3 TATACARA PEMBELIAN BARANG/ASET/ PERKHIDMATAN
12.3.1 Pembelian hendaklah dirancang dengan baik untuk mengelakkan pembaziran.
12.3.2 Pembelian hendaklah mengambilkira:
12.3.2.1 Peruntukan yang mencukupi
12.3.2.2 Kuantiti berdasarkan keperluan
12.3.2.3 Faedah kepada sekolah dan pelajar
12.3.2.4 Kelulusan Ketua PTJ jika melebihi had perolehan yang ditetapkan
(melebihi RM 10,000.00)
12.3.3 Sebarang pembelian hendaklah mendapat kelulusan Pengetua dengan mengisi borang Nota Minta
(permohonan mendapat bekalan/perkhidmatan)
12.3.4 Guru-guru yang berurusan dengan pihak pembekal dan menerima bekalan barang hendaklah
mengambil langkah berikut:
12.3.4.1 Memeriksa kualiti dan kuantiti barang yang diterima.
12.3.4.2 Melaporkan kepada Pegawai Aset dan Pembantu Tadbir yang menguruskan stok supaya
perolehan dapat direkodkan dalam buku daftar yang berkaitan.
12.3.4.3 Menandatangani perakuan penerimaan pada pesanan tempatan asal yang dikembalikan
bersama bil dan invois.
12.3.4.4 Menyerahkan pesanan tempatan, bil dan invois kepada Ketua Pembantu Tadbir dengan
segera untuk tindakan pembayaran. Sila ambil ingatan setiap bil dan invois mesti dibayar
dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaannya.
12.3.5 Amalan pembelian yang mesti dielakkan:
12.3.5.1 Membeli tanpa menggunakan Nota Minta (kecuali pembelian melalui Panjar Wang
Runcit )
12.3.5.2 Mengambil barang dahulu dan mengisi nota minta kemudian
12.3.5.3 Pembelian secara spontan tanpa membuat perancangan.
12.4 PEMBELIAN MELALUI PANJAR WANG RUNCIT (PWR)
12.4.1 Pembelian melalui Panjar Wang Runcit ialah pembelian segera yang tidak melebihi RM100.00 tunai
dalam satu resit.
12.4.2 Sebelum membuat pembelian melalui PWR, guru-guru hendaklah mendapatkan kelulusan lisan daripada
Pengetua.
12.4.3 Barang-barang / alatan seperti pen marker, kad manila, kertas sebak dan lain-lain yang boleh dibekalkan
oleh pejabat tidak digalakkan dibeli sendiri melalui PWR. Sekiranya pejabat telah kehabisan stok, guru-
guru bolehlah menyenaraikan barang yang diperlukan untuk dipesan dan dibeli oleh pihak pejabat.
12.4.4 Barang-barang keperluan kerja kursus juga tidak digalakkan dibeli melalui PWR. Guru-guru berkenaan
perlu menyenaraikan keperluan tahunan dan dibeli dari pembekal sama ada memesannya melalui
pejabat atau menggunakan PCG mata pelajaran.
12.4.5 Tuntutan PWR hendaklah menggunakan baucer kecil PWR dan disertakan resit pembelian.
Tuntutan hendaklah dibuat dengan kadar segera.
110

