Page 92 - JHEAIK ANUAL REPORT E Book
P. 92

2021     LAPORAN TAHUNAN






              PENGENALAN




               Masjid Ini Dibina Pada Hari Isnin 11 Mac 1912 Bersamaan 22 Rabiul Awal 1330 H Atas Usaha YTM.
               Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah (Pemangku Sultan). Ahli-Ahli Majlis
               Ketika Itu Ialah Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Syed Hassan Shahabuddin Yang
               Merupakan Hakim Besar Ketika Itu, Muhammad Ariffin Bin Muhammad Arshad Yang Bertugas Sebagai
               Setiausaha Kerajaan, W.G.  Maxwell Iaitu Penasihat British Dan G. Gorman Sebagai Jurutera Negeri.



            sejarah pembinaan



             Sejarah Pembinaan Masjid Zahir Bermula Pada Tahun 1735 Iaitu Melalui Tapak Asal Yang Dibina Dengan
             Sebuah Masjid Yang Dikenali ‘Masjid Lama’. Masjid Lama Ini Telah Dibina Di Zaman Pemerintahan Al-Mar-
             hum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Alidin II Yang Juga Dikenali Sebagai Marhum Kota Setar. Masjid Ini
             Telah Dibina Di Atas Perkuburan Orang-Orang Islam Yang Mati Syahid Semasa Siam Melanggar Kedah.


             Senibina  Masjid Lama  Itu,  Adalah  Senibina  Melayu  Yang  Berbumbung  Atap  Nipah  Dan  Diper-
             buat Daripada Kayu. Reka Bentuk Masjid Ini Seperti Masjid Kampung Laut Di Kelantan. Mas-
             jid Pengkalan Kakap Di Kuala Muda, Kedah Dan Masjid Ulu Melaka, Langkawi. Masjid Lama
             Hanya Boleh Dimuat Ahli Jemaah Seramai 600 Orang Sahaja. Disebabkan Penduduk Yang Se-
             makin Meningkat Dan Raja Inginkan Sebuah Masjid Yang Cantik, Maka Kerja-Kerja Pembi-
             naan Masjid Baru Dijalankan Dan Masjid Lama Dipindahkan Ke Alor Merah Pada Tahun 1912.

























            Pemilihan Kawasan Itu Untuk Didirikan Sebuah Masjid Pada Zaman Awalnya Adalah Dipen-
            garuhi Oleh Beberapa Faktor. Di Samping Pembinaan Masjid, Sultan Juga Telah Membina Ista-
            na Yang Berdekatan Dengan Masjid Iaitu Istana Kuning Atau Istana Pelamin. Konsep Membina
            Istana Berdekatan Dengan Tempat Ibadat Iaitu Masjid Merupakan Konsep Asas Dalam Sesebuah Pe-
            merintahan Itu. Ini Bertujuan Bagi Memudahkan Baginda Sultan Berulang-Alik Ke Masjid Setiap
            Kali Menunaikan Solat. Tambahan, Masjid Adalah Yang Termasuk Dalam Elemen Istiadat Pertabalan
            Diraja. Contohnya Sultan Muhammad Jiwa Apabila Ditabalkan Menjadi Sultan Di Balai Besar, Bag-
            inda Akan Menaiki Gajah Menuju Ke Masjid Untuk Sembahyang. Jadi Kombinasi Di Antara Ista-
            na,  Masjid  Dan  Balai  Besar  Adalah  Bertepatan  Dengan  Sesuatu  Upacara  Diraja  Yang  Dijalankan.



          92      JHEAIK
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97