Page 93 - JHEAIK ANUAL REPORT E Book
P. 93
LAPORAN TAHUNAN 2021
Sebagai Ibu Negeri, Masjid Perlukan Khidmat Dari Mufti Dan Kadi Besar Bagi Menjalankan
Sesuatu Perkara Yang Berlandaskan Hukum Agama. Oleh Itu, Terdapat Pertalian Yang Rapat
Di Antara Sultan Dengan Golongan Alim Ulama’ Dalam Merujuk Sesuatu Perkara. Jadi, Masjid
Amat Perlu Didirikan Berdekatan Dengan Istana Sultan. Adanya Sungai Kedah Yang Berhampi-
ran Dengan Kawasan Masjid Memudahkan Penduduk Di Sekitarnya Datang Bersembahyang. Ini
Kerana Sungai Pada Suatu Ketika Dahulu Alat Pengangkutan Yang Utama Disamping Memudah-
kan Para Jemaah Mengambil Wuduk.
Berdasarkan Beberapa Kelebihan Yang Terdapat Di Tapak Asal, Maka Pada Hari Isnin 11hb.
Mac 1912 Bersamaan 22 Rabiul Awal 1330H, Masjid Zahir Pun Telah Dibina Bagi Mengganti-
kan Masjid Lama. Masjid Ini Dibina Atas Daya Usaha YTM Al Marhum Tunku Mahmud Ibni
Almarhum Sultan Ahamad Tajuddin Mukarram Syah, Yang Menjadi Yang Dipertua Majlis
Mesyuarat Negeri Ketika Itu. Pembinaan Masjid Ini Dilakukan Ketika Baginda Memangku Tugas
Paduka Kekandanya, Almarhum Sultan Abdul Hamid Syah. Pada Tahun 1912 Masjid Ini Dikena-
li Sebagai Masjid Diraja Dan Masjid Ini Secara Rasminya Telah Dibuka Pada Tahun 1915. Pada
Tahun 1955 Barulah Masjid Ini Diiktiraf Sebagai Masjid Negeri. Oleh Itu, Masjid Zahir Ialah
Masjid Negeri Yang Pertama Dibina Di Negeri Kedah.
Tugas Membina Masjid Ini Telah Diamanahkan Kepada Lima Ahli Jawatankuasa Majlis Negeri
Iaitu:
1. Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Halim Syah.
2. Syeh Hassan Barakbah
3. Che Muhammad Ariffin (Setiausaha Kerajaan)
4. W.G Maxwell (Penasihat British)
5. J. Gorman (Jurutera Negeri)
Bagaimanapun Kerja-Kerja Melukis Plan Masjid Telah Ditugaskan Kepada J. Gorman Dan Pa-
kdin Oleh Baginda Sultan. Penggantian Masjid Lama Dengan Masjid Zahir Menjadikan Negeri
Kedah Antara Negeri Yang Mempunyai Masjid Tercantik Dan Tertua Di Samping Ciri-Ciri Yang
Lain. Lebih Menarik Lagi Ialah Pembinaan Masjid Ini Adalah Hasil Usaha Seorang Sultan Yang
Ingin Mengembangkan Syiar Islam Di Negeri Kedah.
JHEAIK 93

