Page 6 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 6
A03. PERNYATAAN PROFESIONAL
Praktikum merupakan salah satu latihan praktikal yang diberikan kepada semua guru pelatih yang
berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam dua fasa. Hal ini adalah untuk memberikan
satu pengalaman yang berguna sebelum menjadi pendidik yang sebenar. Oleh yang demikian,
saya juga tidak terlepas daripada menjalani praktikum ini.
Pada semester ini, saya dan semua guru pelatih semester 3 ambilan Jun 2020 akan
menghadiri praktikum yang akan berlangsung selama 10 minggu persekolahan. Sebagai salah
seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Kampus Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan,
saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 3 bulan kurang 2 minggu yang
bermula pada 26 April 2021 hingga 16 Julai 2021. Praktikum ini adalah untuk bidang teras iaitu
Pendidikan Islam. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah
ditetapkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum
menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat praktikum ini
telah disampaikan oleh En. Tahir selaku Ketua Unit Praktikum. Untuk taklimat praktikum kali ini,
penekanan adalah berkenaan prosedur pelaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab
pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di
sekolah. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan
sesi praktikum bagi kali pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.
Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang
telah diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya perlu membuat beberapa persediaan sebelum
menjalani praktikum tersebut. Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum
ialah mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai
semak yang telah disediakan oleh Unit Praktikum. Disamping itu, saya juga perlu menyediakan
portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang diperoleh serta hasil penulisan
yang telah dibuat didalam portfolio sebagai bukti serta rujukan pada masa akan datang.
Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar daripada guru yang
berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang berjaya.Sehubungan
dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar daripada guru pembimbing
saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat penting kepada saya
sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut. Sebelum menjalani praktikum,
saya juga mendapatkan pelbagai tips mengenai kaedah mengawal bilik darjah dengan bijak
melalui buku serta laman sesawang dengan menggunakan kemudahan internet. Malah saya juga
telah membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan yang perlu mereka patuhi
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Selain itu, saya turut

