Page 7 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 7

merancang  aktiviti-aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  menarik  minat  murid  dalam
               pembelajaran mereka dalam bilik darjah. Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani

               pada 26 April hingga  16 Julai dapat berjalan dengan baik seperti yang telah saya rancangkan.
               Walaubagaimanapun,  sebagai  seorang  guru,  saya  mestilah  sentiasa  bersedia  dalam
               menghadapi  segala  cabaran  yang  datang  kerana  sesungguhnya  seseorang  yang  terlalu

               memikirkan  akibat  daripada  sesuatu  keputusan  atau  tindakan,  adalah  sukar  baginya  untuk
               berjaya. Saya amat yakin bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya peroleh kelak.


                       Saya sangat berharap agar praktikum ini dapat memberikan saya pelbagai pengalaman
               dan membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Antaranya pengalaman yang
               boleh diperoleh ialah menjalinkan hubungan dengan warga sekolah seperti guru, staf dan para

               pelajar. Selain itu, saya juga perlu berdisiplin agar dapat hadir awal ke sekolah pada setiap hari.
               Pengalaman  dalam  mengendalikan  murid-murid  perlu  saya  catat  sepanjang  tempoh
               berpraktikum ini agar saya dapat membiasakan diri apabila melangkah dalam profesion keguruan

               yang sebenar pada masa akan datang.

                       Akhir sekali, saya berharap saya dapat belajar tentang budaya sesuatu sekolah. Pada

               pandangan saya, setiap sekolah mempunyai budaya yang berbeza. Oleh itu, saya perlu belajar
               cara-cara  untuk  menyesuaikan  diri  dengan  sesuatu  sekolah.  Hal  ini  sangat  penting  untuk

               memastikan  saya  dapat  hidup  dalam  sekolah  tersebut  dengan  keadaan  yang  seronok  dan
               harmoni. Tambahan pula, apabila sudah bergelar guru nanti, saya sudah pasti perlu menerima
               kawasan  sekolah  yang  telah  ditempatkan  kepada  saya.  Jadi,  saya  sangat  berharap  agar

               pengalaman praktikum kali pertama ini dapat berjalan dengan jayanya.




               Disediakan oleh:



               ___________________________________

               (KHAIRUL IKHWAN BIN ABD RAHIM)

               Pelajar Semester 3 Ambilan Jun 2020,

               IPG Kampus Raja Melewar,


               Seremban, N. Sembilan.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12