Page 80 - PORTFOLIO PENUH Khairul Latest
P. 80

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
                                            E01. PENULISAN JURNAL MINGGUAN

               Bilangan Jurnal              :      1


               Minggu Praktikum             :      1

               Tarikh Peristiwa/Kejadian  :        26 hingga 30 April 2021

               Tajuk Jurnal                 :      Minggu pertama di SK Bandar Baru Salak Tinggi




               1. Isu Yang Difokuskan:

               Bagi praktikum ini, saya bersama telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak

               Tinggi. Saya melaporkan diri kepada Guru Besar SK Bandar Baru Salak Tinggi iaitu Encik Faizam
               bin Abd Wahab dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Seterusnya, beliau juga

               telah  memberikan  taklimat  dan  gambaran  awal  kepada  kami  semua  mengenai  budaya  dan
               peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh semua guru termasuklah guru pelatih. Pada akhir sesi
               taklimat  iaitu  sesi  penyerahan  jadual  waktu.  Saya  telah  diberikan  jadual  waktu  praktikum

               sebanyak 12 waktu yang terdiri dari kelas tahun lima dan tahun satu.




               2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

               Setelah selesai taklimat bersama Guru Besar, kami telah diberikan guru pembimbing masing-
               masing bagi bidang teras oleh Guru Besar Sendiri. Kemudian, kami dibawa ke bilik guru untuk

               berjumpa  dan  memperkenalkan  diri  kepada  beberapa  guru  dan  staf.  Mereka  menerima  baik
               kehadiran kami di sekolah.

                       Seterusnya,  kami  juga  telah  diberi  keizinan  untuk  melihat  seluruh  kawasan  sekolah.

               Kawasan  sekolah  ini  boleh  dikatakan  sederhana  luas  dan  mempunyai  beberapa  blok  yang
               menempatkan  bilik  darjah,  dataran,  kantin,  padang,  pusat  sumber,  pejabat,  bilik  SPBT,  bilik
               Pendidikan Khas dan sebagainya.


                       Pada hari yang sama, kami juga telah diberikan jadual waktu pengajaran yang akan kami
               ajar selama 10 minggu ini. Berdasarkan jadual tersebut, saya ditugaskan untuk mengajar kelas
               tahun 5 Cemerlang dan 1 Pintar bagi subjek Pendidikan Islam manakala kelas 1 Cemerlang untuk

               Al-Quran. Seterusnya, saya telah berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu Puan Rahayu
               binti  Ghani.  Saya  mula  berkenalan  antara  satu  sama  lain  dan  berkesempatan  melakukan
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85