Page 81 - PORTFOLIO PENUH Khairul Latest
P. 81

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
               perkongsian  ilmu  dan  pengalaman.  Saya  juga  telah  mendapatkan  maklumat  mengenai
               rancangan pengajaran tahunan oleh kedua-dua guru pembimbing saya.







               3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

               Saya telah belajar cara-cara untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang baru melalui
               Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) sewaktu pembelajaran di semester 2 dan pengalaman

               sebagai guru interim di sekolah tersebut.



               4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:


               Pada minggu pertama berada di sekolah, saya telah diberikan peluang untuk menggantikan guru
               untuk masuk ke kelas. Saya mengambil peluang ini untuk berkenalan dan membina hubungan
               baik  dengan  semua  murid  terlebih  dahulu  sebelum  kelas  yang  sebenar  berjalan.  Menurut

               Abdullah Sani Yahya et.al (2007), peranan penting bagi seorang guru adalah membina hubungan
               baik antara murid dengan guru serta berperanan sebagai model yang membangkitkan kekuatan

               dan  semangat.  Saya  sedar  bahawa  tidak  mudah  menggalas  tugas  sebagai  seorang  guru
               terutama  dari  segi  kawalan  kelas.  Walaubagaimanapun,  saya  cuba  mengatasi  masalah  ini
               dengan meminta pendapat dan pengalaman guru-guru di sekolah tersebut dalam mengendalikan

               bilik darjah.




               5. Tempoh Masa Penyelesaian:

               1 minggu




               6. Tindakan Susulan:

               Saya perlu menjalinkan hubungan baik dengan warga sekolah sama ada pentadbir, guru, staf
               mahupun murid dalam menjamin keberlangsungan praktikum yang lancar selain perlu banyak

               bertanya  kepada  guru-guru  bagi  mendapatkan  ilmu  dan  pengalaman  yang  bermanfaat  untuk
               masa akan datang.
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86