Page 2 - Pengurusan Unit Kokurikulum SK(F)LM 2020
P. 2
PENGURUSAN KOKURIKULUM 2020
KONSEP PENGURUSAN KOKURIKULUM
Gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Setiap pelajar
harus melibatkan diri. Kegiatan ini dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Gerak kerja ini juga
boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman bagi perkembangan mental, minat, bakat,
jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM
Setiap orang pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu kegiatan bagi setiap tiga
bidang yang disediakan iaitu:
Pasukan Pakaian Seragam / Badan Beruniform
Kelab Sukan 1M1S dan Permainan
Persatuan Akademik / Kelab Bukan Akademik
VISI
Ke Arah Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang Dalam Kokurikulum.
MISI
Membina Insan Yang cemerlang Dari Segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
MOTTO
Badan Cergas Minda Cerdas
PENGURUSAN KOKURIKULUM SKFLM 2020 1

