Page 3 - Pengurusan Unit Kokurikulum SK(F)LM 2020
P. 3
PIAGAM PELANGGAN
1. Melaksanakan pengurusan dan pelaksanaan kegiatan kokurikulum sekolah dengan
berkesan berdasarkan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Pentadbiran.
2. Menyediakan jurulatih dan penasihat yang mempunyai kemahiran dan pengalaman
berdasarkan sumber dan kemudahan sekolah.
3. Berusaha untuk memberi peluang kepada pelajar memilih aktiviti kokurikulum
berdasarkan minat dan kebolehan.
4. Sentiasa bekerjasama dengan pihak luar demi memperkasakan lagi jati diri pelajar untuk
menghadapi kehidupan selepas alam persekolahan.
5. Bersedia melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF KECEMERLANGAN PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. Meningkatkan kualiti pengurusan persatuan, kelab, badan beruniform, sukan dan
permainan mengikut standard Unit Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Menilai pelajar dalam aspek kepimpinan, penglibatan, pencapaian, tanggungjawab dan
kehadiran dalam pemberian markah dalam PAJSK sebagai syarat kemasukan ke Sekolah
Menengah.
3. Menyeimbangkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta
membina intergrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia kearah melahirkan modal insan
kelas pertama.
4. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta kemahiran pelajar dalam bidang
kokurikulum secara terancang, berhalatuju, bersistematik dan bermanfaat.
5. Melonjakkan imej warga sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
PELAKSANAAN AKTIVITI
Perjumpaan Mingguan Kokurikulum : Rabu setiap minggu (2.00 petang – 5.00 petang)
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum : Rabu Minggu Ketiga setiap bulan (7.30 pagi)
Senamrobik Kokurikulum : Setiap hari Rabu (7.30 pagi)
Bulan Sukan Negara : Oktober 2020 (8.00 pagi)
1Murid 1Sukan : Setiap hari Rabu ( 7.30 pagi – 8.30 pagi
PENGURUSAN KOKURIKULUM SKFLM 2020 2

