Page 2 - PSO TSS_N
P. 2
Sekapur Sirih
PENGETUA
SMK TAMAN SERI SAUJANA
HJH ASIAH BINTI MOHD UZIR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, sama-samalah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita berjaya menzahirkan
Buku Perancangan Strategik Jangka Panjang SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi, Johor untuk tempoh tiga tahun bermula 2021 hingga 2023 seperti yang
dirancang. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua unit dan AJK kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memberi
sokongan bagi penyediaan Buku Perancangan Strategik sekolah ini.
Pengurusan strategik ini digubal untuk memenuhi hasrat PPPM bagi menjayakan enam aspirasi murid iaitu; melahirkan insan yang berpengetahuan,
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
SMK Taman Seri Saujana telah dipilih melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) mulai tahun 2021 (Kohort 6). Justeru itu perancangan
Strategik 20201– 2023 ini juga adalah selari dengan acuan TS25. Ia meliputi empat KRA utama iaitu pemimpin berkesan, guru berkualiti, persekitaran
pembelajaran bermakna dan sokongan PIBG serta komuniti bagi tujuan menghasilkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti menjelang tahun 2025.
Isu-isu kritikal yang mencakupi ke empat-empat KRA di atas telah dikenalpasti untuk diatasinya menerusi inisiatif strategik yang dizahirkan melalui Plan
Intervensi Sekolah (PiNTaS) dan One Page Project Manager (OPPM) bagi menggantikan plan tindakan dan plan operasi sebelumnya. Melalui OPPM,
pengoperasian dan pemantauan kemajuan setiap projek/inisiatif yang dirancang menjadi lebih mudah untuk dinilai dan ditambah baik. Perancangan
Strategik ini juga boleh dijadikan sebagai satu ”indikator dan tool kit” ke arah mencapai hala tuju sekolah iaitu ”SMKTSS Menerajui Pendidikan Holistik
Menjana Kemenjadian Murid Tahun 2023”. Saya yakin dengan adanya perancangan strategik ini hala tuju dan fokus utama warga sekolah akan menjadi
lebih jelas.
Sebenarnya usaha untuk memperkasa kemenjadian dan kebolehpasaran murid (2K) adalah terletak di bahu kita semua. Kesanggupan kita untuk
bermuafakat dan bekerja sebagai satu pasukan yang mantap (teamwork) dan jelekit adalah kunci segala-galanya. Dalam konteks ini saya menyeru
kepada seluruh warga SMK Taman Seri Saujana mengamalkan 6 gerak kerja yang disepakati ke arah membentuk SAUJANA GEMILANG (Gembeling Murid
Ibu Bapa dan Guru Lahirkan Generasi Terbilang).
Akhir kata, saya amat bangga, komited dan berkeyakinan bahawa Perancangan Strategik 2021–2023, SMK Taman Seri Saujana mampu
mentransformasi, menjana dan melonjak kegemilangan sekolah ini ke tahap yang terbilang menjelang tahun 2023. Sekian. Terima kasih.

