Page 3 - PSO TSS_N
P. 3
RINGKASAN EKSEKUTIF 3
Rancangan Pemajuan Sekolah untuk tempoh 3 tahun ini dibina berfokuskan penyatuan pelbagai unit di SMK Taman Seri
Saujana dalam usaha untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan
terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Rancangan Pemajuan Sekolah Menengah Taman Seri Saujana 2021 – 2023, melalui 4 KRA utama TS25 menggariskan
beberapa isu dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid dan memanifestasikan sekolah berkualiti iaitu;
Kecemerlangan akademik
Meningkatkan kualiti guru
Melahirkan pemimpin berkesan
Menambah persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan dan
Memfokuskan aktiviti dan program berimpak tinggi
Rancangan Pemajuan Sekolah 2021 – 2023 ini juga mengandungi Perancangan Strategik dan Pelan Intervensi berasaskan
kepada fungsi unit. Ia disediakan dalam bentuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang membolehkan tahap pelaksanaan dapat
diukur dengan berkesan dan ditentukan oleh unit itu sendiri. Ianya juga bertujuan sebagai rujukan untuk penyelarasan dan
pemudahcara oleh pihak pengurusan pentadbiran SMK Taman Seri Saujana.

