Page 18 - ISP 2016-2018
P. 18

PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
                      KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

BAB 2: PERSEKITARAN SEMASA BISNES DAN ICT

2.1 PENGENALAN

Latar belakang Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), bermula
pada tahun 1972 dengan penubuhan Kementerian Perusahaan Utama (KPU) yang
secara khusus bertanggungjawab bagi memajukan industri berkaitan dengan
perusahaan utama. Pada awal penubuhannya, KPU hanya mengendalikan
pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU
berkembang kepada pembangunan komoditi lain iaitu kelapa sawit, koko, perhutanan
dan kayu-kayan, mineral dan geosains, nanas serta tembakau selaras dengan
perkembangan industri komoditi utama.

Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian
Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Penstrukturan semula ini melibatkan
perubahan bidang tanggungjawab di mana Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH)
dipindahkan ke MPIC manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan
geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab
utama lain Kementerian masih dikekalkan.

Selain itu, penstrukturan semula ini juga membolehkan pembangunan sektor huluan
dan hiliran komoditi dilaksanakan dengan lebih strategik dan berkesan. Fungsi dan
tanggungjawab agensi-agensi diperjelaskan selaras dengan perkembangan semasa.
Antaranya, JPLH telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Lembaga Lada
Malaysia (MPB).

Sektor perladangan dan komoditi selain memberi sumbangan besar kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK), turut menawarkan peluang kerjaya yang cerah kepada
individu atau syarikat yang menceburinya. Sumbangan terbesar sektor ini boleh dilihat
dari pendapatan eksport negara dan jumlah guna tenaga dalam negara. Hasil
sumbangan terbesar adalah dari sektor sawit, sektor kayu-kayan, diikuti sektor getah
seterusnya sektor koko, tembakau dan lada. Kini Kementerian mula menerokai

                                                                                                    14 | T E R H A D
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23