Page 14 - ISP 2016-2018
P. 14
PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
iii. Pelaksanaan dua (2) kajian Soal Selidik ke atas warga kerja dan pelanggan
MPIC
? Soal Selidik Kepuasan Pengguna bagi mengetahui tahap kepuasan
pengguna terhadap kemudahan ICT.
? Soal Selidik Pengurusan Perubahan bagi mengkaji tahap keberkesanan
pengurusan perubahan.
iv. Persekitaran Bisnes dan ICT serta Pelan Tindakan.
? Bertujuan untuk mengenal pasti jurang (isu, cabaran dan harapan) dari
aspek bisnes dan ICT, inisiatif dan program ICT serta pelan tindakan
ICT.
v. Perbincangan bagi perkembangan aktiviti serta isu-isu berbangkit dan
menyediakan laporan lengkap pada setiap peringkat.
vi. Penulisan Dokumen ISP
? Dimulakan pada 26 Oktober 2015.
? Persediaan sebelum penyediaan akhir dokumen.
vii. Mesyuarat Teknikal Penyelaras ICT telah diadakan sebanyak tiga (3) kali
bagi membincangkan perkembangan aktiviti serta isu-isu berbangkit dan
melaporkan status pelaksanaan ISP MPIC dan ISP Agensi.
1.4 STRUKTUR TADBIR URUS PROJEK
Bagi memastikan keberkesanan serta kejayaan pelaksanaan projek pembangunan
ISP, Jawatankuasa Projek Pembangunan Pelan Strategik ICT (JPPISP) telah
diwujudkan seperti Rajah 1-3. Pengurus Projek atau Ketua Pasukan Projek JPPISP
akan mengemas kini status semasa perkembangan pelaksanaan projek tersebut
kepada pihak pengurusan atasan MPIC melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
ICT yang diadakan empat (4) kali setahun dan Mesyuarat Teknikal Penyelaras ICT
yang diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun sepanjang tempoh
pembangunan projek.
10 | T E R H A D

