Page 54 - ISP 2016-2018
P. 54

PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
                      KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

BAB 4: PERANCANGAN PELAKSANAAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan perancangan pelaksanaan strategi dan program ICT MPIC yang
telah dirancang bagi tempoh tiga (3) tahun bermula 2016 hingga 2018. Perancangan
pelaksanaan ini merangkumi Strategi Pelaksanaan, Jadual Pelaksanaan Mengikut
Teras, Anggaran Kos Program ICT dan Faktor Kejayaan Kritikal (Critical Success
Factor).

4.2 STRATEGI PELAKSANAAN

Kejayaan pelaksanaan ISP MPIC bergantung pada beberapa pendekatan strategi
yang dikenal pasti untuk menyelaras inisiatif strategi ICT. Strategi pelaksanaan ini
berpandukan pemilik program, keutamaan, program Quick Wins, pelaksanaan
menggunakan khidmat kepakaran luaran (Outsource), dan pelaksanaan
menggunakan khidmat kepakaran dalaman (Inhouse).

        4.2.1 Pemilik Program dan Keutamaan

        Pemilik program (Program Owner) sebagai Subject Matter Expert adalah faktor
        penting dalam menentukan hala tuju pelaksanaan program ICT yang dirancang
        dalam ISP. Menentukan pemilik setiap program ICT yang dirancang adalah
        bagi membolehkan pemilik program terlibat dari peringkat awal dalam
        menentukan pembangunan dan pelaksanaan strategi dan program tersebut.

        Selepas penentuan pemilik program, program-program yang dirancang
        hendaklah disusun atau ditandakan mengikut keutamaan. Penentuan
        keutamaan program akan memudahkan pemantauan sesuatu program.
        Pendekatan keutamaan yang digunakan adalah terdiri daripada keutamaan
        tinggi, sederhana dan rendah. Penentuan keutamaan dibuat berdasarkan
        keperluan mendesak untuk mengatasi isu semasa yang dihadapi,
        berkepentingan tinggi serta diyakini memiliki sumber-sumber bagi penyelesaian
        isu-isu tersebut. Penentuan keutamaan dibuat berdasarkan impak dan

                                                                                                    49 | T E R H A D
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59