Page 236 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024-25
P. 236
SEUNTAI MADAH SEJAMBAK BICARA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sepakat SKSB Hebat
Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dpat saya
memberi sepatah dua kata dalam Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2024/ 2025 SK
Sungai Binjai.
Saya merakam ribuan terima kasih kepada jawatankuasa yang bertungkus lumus
menyediakan Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2024/ 2025 SK Sungai Binjai.
Manual Pengurusan ini begitu penting bagi merealisasikan hasrat dan matlamat
sekolah ini. Manual Pengurusan ini adalah sebagai panduan kepada guru-guru
dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sekolah dengan lebih tersusun dan
kemas.
Pengurusan bersistematik akan menghasilkan sekolah yang cemerlang.
Jawatankuasa yang telah dilantik diharap dapat menggalas tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah.
Banyak program telah disusun menuntut pengorbanan guru dan PIBG. Sehubungan
itu saya memohon sokongan padu warga pendidik Sekolah Kebangsaan Sungai
Binjai membantu sekolah meningkatkan kecemerlangan bagi sekolah kita.
Sekian, terima kasih.
NANG ZURAINI BT AWANG @ NIK ISHAK
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Sungai Binjai
Tarikh : 19 Januari 2024

