Page 237 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024-25
P. 237
VISI UNIT KOKURIKULUM
“Penglibatan murid dan guru yang menyeluruh serta cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum”
MISI UNIT KOKURIKULUM
1. Mencungkil bakat murid-murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum
2. Mengasah bakat murid-murid supaya penglibatan mereka diperkembangkan
3. Memperagakan potensi diri murid dalam bidang kokurikulum di peringkat sekolah,
zon, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
4. Memperkembangkan potensi kepimpinan guru dan murid dalam bidang
kokurikulum
MATLAMAT UNIT KOKURIKULUM
1. Memastikan sekolah-sekolah mendapat peluang menyertai aktiviti kokurikulum
yang dirancang.
2. Memberi maklumat yang lengkap berkaitan dengan aktiviti yang hendak
dijalankan oleh sekolah.
3. Memberi kerjasama kepada sekolah dalam program -program yang dirancang.
4. Menentukan bahawa guru atau murid yang aktif dalam bidang kokurikulum
mendapat peluang untuk mengembangkan potensi melalui kursus atau program-
program.
5. Menyediakan tempat latihan dan jurulatih yang berkelayakkan untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
HALA TUJU UNIT KOKURIKULUM
1. Untuk memenuhi keperluan murid-murid dari segi mental,fizikal dan sosial serta
menyemai nilai-nilai spiritual,moral, dan etika yang diinginkan selaras dengan
aspirasi rukunegara dan falsafah pendidikan kebangsaan
2. Memupuk semangat perpaduan dan kekitaan (spirit de corp) dalam kalangan
murid-murid berbagai kaum,bangsa dan agama serta melahirkan modal insan
cemerlang
3. Melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab,berdikari,berdisiplin
danmengasuh potensi atau bakat kepimpinan yang ada di dalam diri mereka.
4. Memberi ruang dan peluang kepada murid-murid untuk memperolehi kemahiran
serta meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam bidang yang mereka sertai.
5. Mewujudkan suasana dan persekitaranyang sihat di sekolah untuk membantu
pertumbuhan jasmani dan rohani yang seimbang dalam diri murid-murid.
"KECEMERLANGAN DIRI MELALUI KOKURIKULUM”
1

