Page 20 - Nota PI T1 SMKSM - Al Quran & Hadis
P. 20
TAJUK 9 : MAKANAN HALAL LAGI BAIK
Surah Al-Baqarah : ayat 168
TERJEMAHAN AYAT
Wahai manusia, makanlah daripada apa-apa yang terdapat di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu
mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.
Dalam ayat 168 surah al-Baqarah, Allah SWT menyuruh kita makan makanan yang halal
dan baik untuk memelihara akal dan badan daripada kemudaratan. Makanan yang halal
dan baik dapat menjanakan pemikiran yang cerdas, hati yang bersih dan badan yang sihat.
Ciri-Ciri Makanan Halal lagi Baik
Bersih
Berkhasiat Seimbang Mengikut keperluan
Maksud Makanan Halal : Makanan yang dibenarkan oleh syarak
Maksud Makanan Haram : Makanan yang dilarang oleh syarak
Sila imbas Kod QR
Sila baca ayat dengan betul & bertajwid
Bincangkan tentang makanan halal lagi
baik
[18]

