Page 22 - Nota PI T1 SMKSM - Al Quran & Hadis
P. 22

Perbezaan Ciri Makanan Halal dan Makanan Haram

                 Ciri-Ciri Makanan Halal                            Ciri-Ciri Makanan Haram


               Bahan yang halal dimakan           Bahan            Bahan yang haram dimakan


           Disembelih mengikut hukum syarak       Proses     Tidak disembelih mengikut hukum syarak

            Bebas daripada najis dan kotoran    Kandungan      Bercampur dengan najis dan kotoran


              Disimpan di tempat yang suci      Kebersihan      Disimpan di tempat yang bernajis

         Bebas daripada racun dan perkara yang   Kesihatan    Mengandungi racun dan sesuatu yang
                 menjejaskan kesihatan                              memudaratkan kesihatan

             Diperoleh dengan cara yang sah      Sumber         Diperoleh dengan cara yang haram



                 Kunci ILMU :
                 Sesuatu  makanan  yang  halal  hendaklah  diperoleh  melalui  cara  yang  diharuskan  oleh

                 syarak. Iaitu melalui jual beli yang sah atau menerimanya secara percuma tetapi bukan
                 secara rasuah atau perjudian. Kita  hendaklah berhati-hati memilih makanan yang halal

                 kerana terdapat makanan yang berada di pasaran menggunakan logo “HALAL” palsu yang
                 tidak  mendapat  pengesahan  pihak  yang  bertanggungjawab  seperti  Jabatan  Kemajuan
                 Islam Malaysia ( JAKIM )



                                             Pengajaran Ayat

             Kita wajib mengambil makanan yang halal kerana makanan yang halal memberikan kesan yang
          1
             baik terhadap kesihatan jasmani, kecerdasan minda dan kejernihan hati


             Umat Islam perlu menjadi usahawan dalam bidang industri  makanan supaya dapat menjamin
          2   kehalalan dan kualiti makanan



             Umat Islam hendaklah prihatin terhadap aspek pengeluaran makanan yang menepati hukum
          3   syarak dan mematuhi piawaian kesihatan

                       Bincangkan akibat makan makanan haram
                       Cari maklumat saintifik tentang akibat makan daging
                       khinzir
                       Senaraikan ciri-ciri makanan halal dan haram


                                                    [20]
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27