Page 10 - Nota PI T2 SMKSM - Bidang Sirah
P. 10

Nota PI TG 2 / Bidang Sirah


                                         Pelawaan Penduduk Yathrib


         Sekumpulan  penduduk  Yathrib  telah  mempelawa  Rasulullah  saw  untuk  menjadi  pemimpin
         mereka di Yathrib. Baginda telah mengadakan Bai’ah Aqabah Pertama dan Bai’ah Aqabah Kedua

         dengan  sekumpulan  penduduk  Yathrib.  Baginda  telah  menhantar  Mus’ab  Bin  Umair  untuk
          mengajar al-Quran dan berdakwah kepada penduduk Yathrib.

                Isi Kandungan Aqabah Pertama               Isi Kandungan Aqabah Kedua

                                                          Melindungi dan mempertahankan
                 Tidak menyekutukan Allah SWT
                                                            Rasulullah saw seperti melindungi
                 Tidak mencuri                             keluarga sendiri
                 Tidak berzina

                 Tidak membunuh anak
                 Tidak berdusta
                 Tidak menderhakai perkara yang baik


                              Pakatan Membunuh Rasulullah saw di Darul Nadwah


          Mesyuarat bersetuju agar seorang pemuda yang gagah daripada setiap puak dipilih membunuh

          Nabi  Muhamamad  saw  secara  serentak  supaya  Bani  Hashim  tidak  dapat  menuntut  bela  atas
         kematian Nabi Muhammad.

                27 Safar       Peristiwa penting semasa Hijrah  Rasulullah saw
                (MEKAH)

                                                                                           1

            Pada waktu tengah malam Baginda keluar bersama-sama Saidina Abu Bakar
           Saidina Ali menggantikan tempat tidur Baginda
            Rasulullah saw dan Abu Bakar menyusuri jalan yang tidak biasa dilalui
            Abdullah ( putera Abu Bakar ) bertugas meninjau dan melaporkan situasi yang berlaku di Mekah
            Asma ( puteri Abu Bakar ) menyediakan bekalan makanan

            Amir Bin Fuhairah membawa kambing ke pintu gua sebagai bekalan susu dan menghilangkan kesan
             jejak kaki Rasulullah saw.
            Musyrikin Mekah menawarkan 100 ekor unta sekiranya dapat menangkap Rasulullah saw
            Kelompok Quraisy membuat operasi besar-besaran menjejaki Rasulullah saw. Dengan bantuan Allah
             SWT mereka tidak dapat menemui Rasulullah saw. Dalam keadaan cemas itu, Baginda telah

             menenteramkan jiwa Saidina Abu Bakar ( surah at-Taubah : 40 )

                                                   [72]
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15