Page 7 - Nota PI T2 SMKSM - Bidang Sirah
P. 7
Nota PI TG 2 / Bidang Sirah
Spektrum ILMU :
Ucapan Rasulullah saw kepada Abu Talib : “Demi Allah! Walaupun kamu meletakkan matahari di
tangan kananku dan bulan di tangan kiriku kerana hendak menghalangku daripada dakwah, aku
tidak akan sama sekali meninggalkannya”
Sumaiyah ialah wanita pertama yang mati syahid. Beliau dan keluarganya diseksa oleh Abu Jahal
Pembesar Quraisy berkumpul di Darun Nadwah dan merancang untuk membunuh Nabi.
Cadangan membunuh datang daripada Abu Jahal.
Keadaan Masyarakat Arab Setelah Menerima Dakwah Rasulullah saw
Kedatangan Islam telah mengubah struktur Masyarakat Arab berdasarkan prinsip semua manusia
sama di sisi Allah SWT, hanya takwa yang membezakan kemuliaan seseorang. Antara perubahan
yang berlaku selepas Islam ialah :
Meninggalkan kepercayaan syirik kepada mentauhidkan Allah SWT dan mengakui
AKIDAH
Nabi Muhammad pesuruh Allah .
Meninggalkan akhlak yang keji kepada berakhlak mulia dengan menjaga
AKHLAK
hubungan dengan Allah SWT dan sesama makhluk
Hidup berlandaskan panduan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Di samping
SYARIAT
memelihara hak individu dan masyarakat
Buat perbezaan secara grafik
tentang masyarakat arab
sebelum dan selepas Islam
[69]

