Page 11 - Nota PI T3 SMKSM - Bidang Sirah
P. 11
Nota PI TG 3 / Bidang Sirah
3) Abdul Rahman Bin Auf r.a
Nama sebenar : Abdul Rahman Bin Auf r.a
Kunniyah : Abu Muhammad
Nama Ibu : As-Syifa’ Binti Auf Bin Abdul Bin Al-Harith
Keturunan : Bani Zuhrah bin Kilab ( golongan Muhajirin )
Tarikh Wafat : Di Madinah pada tahun 32 Hijrah, ketika berusia 72 tahun
( ketika pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan r.a )
Tempat dikebumikan : Al-Baqi’, Madinah
Bukti Ketokohan :
1) Berusaha dengan kemahiran dan modal yang ada tanpa mengambil kesempatan
daripada ihsan orang lain seperti tawaran sejumlah wang yang banyak oleh Sa’ad Bin
ar-Rabi’
2) Keuntungan yang diperolehinya dikongsi dengan orang lain
3) Hartawan yang bersikap zuhud dan tawadhuk
Iktibar daripada Abdul Rahman Bin Auf r.a dalam Bidang Ekonomi
Kita hendaklah berniaga dengan jujur dan amanah agar rezeki diberkati Allah SWT
1
Kita hendaklah mengeluarkan zakat, sedekah, infak dan wakaf untuk merangsang
2 perkembangan ekonomi Islam
Kita hendaklah berusaha untuk menjadi pemilik perniagaan dan pengeluar produk kerana usaha ini
3
ialah jihad ekonomi
PRISMA ILMU :
Contoh sifat dermawan Abdul Rahman Bin Auf r.a ialah :
Menjual tanahnya dengan harga 40 000 dinar dan hasil jualan diagihkan kepada orang
miskin daripada kalangan Bani Zuhrah, golongan Muhajirin dan Ummahatul Mukminin
1/3 penduduk Madinah diberi pinjaman dan 1/3 yang lain dilunaskan hutang olehnya
Pernah membebaskan 30 hamba dalam sehari
Mewasiatkan wang sebanyak 400 dinar kepada 100 orang tentera Badar.
[89]

