Page 12 - Nota PI T3 SMKSM - Bidang Sirah
P. 12
Nota PI TG 3 / Bidang Sirah
4) Khalid Bin Al-Walid r.a
Nama sebenar : Khalid Bin Al-Walid r.a
Kunniyah : Abu Sulaiman
Nama Ibu : Lubabah As-Sughra Binti Al-Haris Bin Harb
Keturunan : Bani Makhzum
Tarikh Wafat : Di Hamas, Syria pada tahun 21 Hijrah, ketika berusia 60 tahun
( ketika pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab r.a )
Bukti Kepahlawanan :
1) Banyak menyertai peperangan pada zaman Rasulullah saw, antaranya peperangan
Mu’tah, Fathu Mekah dan peperangan Hunain
2) Dalam peperangan Mu’tah, Apabila semua panglima syahid, beliau mengambil inisiatif
untuk memimpin tentera Islam. Strategi peperangannya telah membantu tentera Islam
mencapai kemenangan dan beliau digelar Saifullah ( pedang Allah ) oleh Rasulullah
saw
3) Abu Bakar r.a melantik Khalid bin Al-Walid r.a sebagai panglima untuk menentang
nabi-nabi palsu seperti Musailamah Al-Kazzab dalam perang Yamamah, menentang
tentera Parsi seperti dalam perang Zatus Salasil dan tentera Rom seperti dalam perang
Yarmouk
Iktibar daripada Kepahlawanan Khalid Bin Al-Walid r.a
Kita hendaklah bersedia berkorban mempertahankan agama Islam
1
Kita hendaklah menyusun strategi dengan baik agar memperoleh kejayaan
2
3 Kita hendaklah berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan ajaran Islam yang sebenar
PRISMA ILMU :
Abdullah Bin Jaafar meriwayatkan bahawa apabila Panglima Islam gugur syahid
dalam peperangan Mu’tah, Rasulullah saw bersabda : Sila buat
aktiviti
وِ
وِ
وِ
وِ
نَّ
نَّ
…،يس أ،ي ا ،تفف ،لسايا ،ب ،لا ،ي ا ،ويس ،با،يس ، ا ،نَ خ ،نَّ di muka
هُ نَ هُ هُ لٌ نَ نَّ surat 183
Maksud : Kemudian panji itu diambil oleh pedang daripada pedang-pedang Allah
Khalid Bin Al-Walid, lalu Allah SWT memberikan kemenangan kepadanya…
[90]

