Page 2 - manual KK Geo calon
P. 2
TERHAD
BAHAGIAN II : CALON
12.0 Tanggungjawab Calon
12.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja
kursus (kajian luar)
12.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan
12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan
selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan
12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu
12.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu;
(a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja,
(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan
(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan
kajian luar
12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat
12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan
kerja kursus (kajian luar)
12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar)
calon
12.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar
kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
(kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4
12.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja
calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 2)
12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru
Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi
12.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada
tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
12.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon
sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan
mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja
kursus (kajian luar)
28 TERHAD

