Page 5 - manual KK Geo calon
P. 5
TERHAD
14.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah.
Contohnya,
i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..."
ii. "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..."
14.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu
bual, dan penyataan lokaliti
14.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut:
14.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
14.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
14.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
14.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar)
Geografi (Lampiran 4)
14.5.5 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi
14.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada
guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.
15.0 Struktur Penulisan
Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara
individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali
dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
15.1 Isi kandungan
15.2 Penghargaan
15.3 Pengenalan – Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan
15.4 Objektif kajian – Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan
15.5 Lokasi kawasan kajian – Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan,
letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di
kawasan kajian
15.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,
pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data
primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan
dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta
15.7 Hasil kajian dan perbincangan – Huraian tentang dapatan kajian yang telah
dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding,
membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan
aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh
dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta
15.8 Kesimpulan – Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk
penambahbaikan yang berkaitan
31 TERHAD

