Page 4 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 4
ALAM SEKITAR FIZIKAL
SISTEM BUMI
1. (a) Jelaskan konsep sistem terbuka dalam konteks sebuah kawasan hutan tropika. [4]
Rangka Jawapan
i. Tenaga - tenaga masuk (tanaga matahari), tenaga keluar (bahang bumi)
ii. Bahan - bahan masuk (hujan / karbon dioksida), bahan keluar (wap air /
oksigen)
Cadangan Jawapan
Kawasan hutan tropika boleh dibuktikan sebagai sebuah sistem terbuka sebab adanya
kemasukan tenaga dalam bentuk tenaga matahari dan ada tenaga keluar dalam bentuk bahang
matahari.
Kawasan hutan juga membenarkan kemasukan bahan dalam bentuk gas karbon dioksida dan
membenarkan bahan keluar dalam bentuk oksigen melalui proses fotosintesis.
(b) Jelaskan kepentingan setiap komponen sistem bumi kepada aktiviti manusia di kawasan
tropika. [8]
Rangka Jawapan
i. Atmosfera - membekal hujan untuk aktiviti pertanian
ii. Litosfera - lapisan kandungan pelbagai mineral - perlombongan
iii. Hidrosfera - aliran sungai - aktiviti perhubungan dan pengangkutan
iv. Biosfera - bekalan kayu-kayan untuk aktiviti pembalakan
Cadangan Jawapan
Komponen Atmosfera mempengaruhi aktiviti manusia melalui unsur-unsur cuaca
seperti suhu dan hujan. Komponen atmosfera melalui proses pembentukan hujan
membekalkan hujan yang lebat di kawasan tropika. Hujan yang lebat ini menjadi bekalan air
yang menggalakkan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah.
Komponen Litosfera yang menampung pelbagai mineral di lapisan kerak bumi pula
dapat menjana aktiviti perlombongan. Kawasan tropika yang kaya dengan pelbagai mineral
berbentuk bahan api fosil menggalakkan aktiviti perlombongan seperti petroleum dan gas asli.
4

