Page 7 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 7
Cadangan Jawapan
Pada 21 Jun berlakunya fenomena solstis musim panas. Pada waktu ini kawasan sederhana
dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim sejuk. Ketika ini matahari berada tegak di garisan Sartan.
Seterusnya ialah kejadian Soltis Musim Sejuk yang berlaku pada setiap 22 Disember. Pada
ketika ini matahari berada tegak tegak di Garisan Jadi dan menghasilkan fenomena musim
dingin di hemisfera utara, sebaliknya musim panas di hemisfera selatan.
Fenomena seterusnya ialah setiap 23 September akan berlaku Ekuinoks musim luruh di
hemisfera utara, sebaliknya musim bunga di hemisfera selatan. Kejadian ini akan berlaku
apabila matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa.
Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari yang selanjutnya ialah mewujudkan fenomena
ekuinoks musim bunga. Kejadian musim ini berlaku pada setiap 21 Mac ketika matahari
tengahari berada tegak di garisan Khatulistiwa.
Selain itu, kesan peredaran bumi juga menyebabkan pada 21 Jun (soltis musim panas),
kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada
malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi
siang. Kutub utara mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam dan kutub selatan
mengalami panjang waktu malam hampir 24 jam.
Sebaliknya pada 22 Disember (soltis musim sejuk), kawasan sederhana dunia di hemisfera
utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami panjang siang melebihi malam. Kutub utara mengalami
panjang waktu malam hampir 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu siang hampir
24 jam.
Akhir sekali, kedudukan matahari tengah hari berubah ubah seiring dengan perubahan
musim. Pada 21 Jun ( solstis musim panas ) tergak, di atas garisan sartan. Pada 22
Disember (soltis musim dingin) tegak di atas garisan jadi. Pada 21 Mac dan 23 September
(ekuinoks) - tegak di atas garisan khatulistiwa.
7

