Page 58 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 58

kematian  tinggi  kerana  taraf  kesihatan  yang  rendah,  ancaman  wabak  penyakit  berjangkit,

               kebuluran dalam kalangan golongan kanak-kanak serta peperangan.


               Peringkat  II  atau  tahap  II  mewakili  masyarakat  masyarakat  peralihan  (pertanian  kepada
               perindustrian). Kebanyakan terdapat Negara Membangun ,contohnya negara Indonesia, India.

               Kadar  kelahiran  pada  peringkat  ini    masih  tinggi  tetapi  Kadar  kematian  menunjukkan

               penurunan dengan cepat. Begitu juga kadar pertumbuhan penduduk adalah menurun. Kadar
               kelahiran  tinggi  kerana  ketiadaan  program  perancangan  keluarga  dan  keperluan  tenaga

               manusia  masih  tinggi  dalam  sektor-sektor  ekonomi  tertentu  seperti  perindustrian.  Kadar
               kematian  menurun  kerana  taraf  kesihatan  yang  semakin  meningkat  kerana  peningkatan

               kemudahan  perubatan  menyebabkan  penurunan  pertumbuhan  penduduk  kerana  amalan

               perancangan keluarga mula berkesan.


               Peringkat III atau tahap III mewakili masyarakat perindustrian atau maju, contohnya negara
               Singapura.Kadar kelahiran dan Kadar kematian adalah rendah.Kadar pertumbuhan penduduk

               adalah rendah atau sifar.Kadar kelahiran dan Kadar kematian rendah disebabkan oleh kejayaan
               program perancangan keluarga dan peningkatan kemudahan kesihatan




                (c)   Jelaskan  faktor yang mempengaruhi proses penuaan  penduduk di Malaysia.      [12]

               Rangka Jawapan

               c1 - kemajuan dalam bidang perubatan moden - mengawal penyakit golongan tua /penurunan
               kadar kematian disebabkan oleh kemajuan yang dicapai
               c2 - Keberkesanan kawalan penyakit /penguatkuasaan undang-undang - seperti penyakit
               denggi, malaria, SARS, selsema burung dll yang boleh membawa maut.
               c3 - Amalan Pemakanan berzat dan seimbang – termasuk makanan tambahan (suplimen)
               c4 - Kesedaran penjagaan kesihatan – gaya hidup sihat.
               c5 - Peningkatan kualiti hidup - memanjangkan jangka hayat penduduk.
               c6 - Taraf pendidikan yang tinggi – mudah menerima /sikap terbukaan.
               c7 - Taraf kesihatan yang tinggi – sukar mendapat penyakit berjangkit.

               Rangka Jawapan


               Kemajuan dalam bidang perubatan moden. Penemuan ubat-ubatan baru dan teknik
               rawatan telah berjaya mengawal penyakit  dalam kalangan golongan tua. Ini akan

               menyebabkan penurunan kadar kematian disebabkan oleh kemajuan yang dicapai.



                                                                                                       58
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63