Page 63 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 63

23. (a) Bincangkan  lima  faktor  yang  mempengaruhi  daya  tampung  sumber  alam  di
                       Malaysia.                                                               [11]

               Rangka Jawapan

                  i.   Kualiti sumber alam semulajadi
                 ii.   kemajuan teknologi yang lebih moden dan canggih
                iii.   Tahap pengurusan sumber yang cekap, sistematik dan berhemah
                 iv.   jumlah penduduk
                 v.    Penggunaan sumber tenaga alternatif
                 vi.   Kesimpulannya


               Cadangan Jawapan

                        Kualiti sumber alam semulajadi dapat mempengaruhi daya tampung sumber alam di
               Malaysia.  Malaysia  mempunyai  sumber  alam  yang  banyak  mampu  menampung  keperluan

               penduduk untuk tempoh yang lama. Umpamanya sumber tanah, sumber hutan dan sumber
               mineral yang banyak.

                       Selain  itu,  kemajuan  teknologi  yang  lebih  moden  dan  canggih  juga  dapat
               mempengaruhi  daya  tampung  sumber  alam.  Penggunaan  teknologi  moden  membolehkan

               pengeluaran  sumber  dengan  lebih  cepat  dan  banyak.  Umpamanya  penggunaan  jentera

               penggerudi berkuasa tinggi dapat menghasilkan pengeluaran yang banyak dan pada masa yang
               sama dapat mengurangkan impak terhadap alam sekitar fizikal.

                       Tahap  pengurusan  sumber  yang  cekap,  sistematik  dan  berhemah  dalam
               pengeluran  sumber  alam  dapat  mengurangkan  pembaziran  sumber  dan  menjamin  daya

               tampung sumber yang berterusan. Contohnya aktiviti penebangan pokok dalam mendapatkan

               kayu balak boleh disusuli dengan aktiviti penanaman semula hutan untuk menjamin sumber
               kayu balak pada masa akan datang.

                       Di samping itu, jumlah penduduk turut mempengaruhi daya tampung sumber alam di
               Malaysia.  Jumlah  penduduk  yang  ramai  akan  menyebabkan  daya  tampung  sumber  alam

               semakin rendah. Oleh itu, kawalan terhadap pertumbuhan penduduk haruslah dilakukan bagi

               memastikan sumber alam dapat menampung keperluan penduduk.
                       Penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar, tenaga angin dan tenaga

               ombak dalam menggantikan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui dapat menjamin daya
               tampung  sumber  alam  yang  berterusan.  Umpamanya  penggunaan  tenaga  solar  dalam

               kenderaan dapat mengelakkan perlombongan sumber petroleum dalam kuantiti yang banyak.




                                                                                                       63
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68