Page 11 - Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 2
P. 11

Projek Kesenian Penggal Satu


               Pada  akhir  penggal  satu,  kamu  akan  menghasilkan  projek

               kesenian  dengan  rakan-rakan  di  dalam  kelas.  Kamu  boleh
               merancang persembahan bersama-sama guru dan rakan-rakan.

               Tentu seronok, bukan? Apakah jenis persembahan yang boleh
               Tentu seronok, bukan? Apakah jenis persembahan yang boleh
               kamu lakukan?


                                                                       Projek Kesenian
               Aktiviti 1: Persediaan                                    Penggal Satu

               1.  Kumpul semua hasil karya seni

                (Unit 1 hingga 5) untuk dilabelkan.
               2. Bentukkan kumpulan.
                 Setiap kumpulan mempunyai
                 10 orang murid bagi persembahan boria.
               3. Berikan lirik lagu.

               4. Perdengarkan lagu.
               5. Buat latihan nyanyian berserta pergerakan.
               6. Buat jadual latihan.

               7.  Sediakan atur cara persembahan.
               8. Sediakan tempat persembahan dan kawasan pameran
                   (cadangan: sudut di belakang kelas).




               Aktiviti 2: Pameran

               1. Hasilkan topi dengan hiasan teknik lipatan dan guntingan
                 sebagai kostum semasa persembahan.

               2. Hasilkan bingkai pada hasil karya dan labelkan.
               3. Sediakan label bagi tapak pameran.
               4. Setiap stesen dilabelkan mengikut bidang seni.
               5. Susun semua hasil karya secara kreatif

                   (cadangan: sudut di belakang kelas).






            4 4 4
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16