Page 6 - Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 2
P. 6

Setiap halaman dalam buku teks ini dilengkapkan dengan gambar dan ilustrasi bagi
                 memantapkan  kefahaman  murid  terhadap  sesuatu  konsep  yang  diberikan.  Bahan
                 dan cadangan dalam buku teks ini boleh dijadikan sebagai panduan dan dilaksanakan
                 mengikut kreativiti guru. Yang berikut adalah susunan tajuk unit mengikut tema:

                      Projek Kesenian Penggal Satu


                      (i)     Unit 1    – Kami Suka Sayur
                      (ii)     Unit 2   – Bersih Pasti Cantik
                      (iii)    Unit 3   – Saya Juara
                      (iv)   Unit 4   – Pusing Gasing Pusing
                      (v)     Unit 5   – Bersukan Badan Sihat
                      Tema Persembahan: Aku Sihat


                      Projek Kesenian Penggal Dua


                      (vi)    Unit 6    – Cantik Menawan
                      (vii)   Unit 7    – Burung Kenek-kenek
                      (viii)  Unit 8  – Uli-uli Tembikar
                      (ix)  Unit 9   – Jalan-jalan ke Taman Rama-rama
                      (x)     Unit 10  – Segarnya Air Terjun
                      Tema Persembahan: Mari Melancong


                    Selain itu, buku teks ini dibekalkan DVD audio yang memuatkan lagu dengan
                 vokal, instrumental, minus one, latihan pic dan latihan alat perkusi. Terdapat juga
                 video dan skor bagi lagu-lagu utama dalam bentuk QR Code yang boleh diimbas
                 melalui telefon pintar. Bahan audio dan video ini dapat membantu murid mencapai
                 objektif pembelajaran dengan lebih baik lagi.

                    Semoga segala usaha murni daripada pelbagai pihak dalam penerbitan buku
                 teks ini dapat membantu guru dan murid bagi menjayakan matlamat dan objektif
                 Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


















                                                                                                      v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11