Page 5 - Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 2
P. 5

PENDAHULUAN
                                          PENDAHULUAN




               Buku Teks  Pendidikan Kesenian Tahun 2  Sekolah Kebangsaan (SK) disediakan
               berpandukan  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan  Pentaksiran  (DSKP)  Pendidikan
               Kesenian Tahun 2, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan. Kandungan
               buku teks ini dibina untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan kesenian bagi
               melahirkan murid yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran dalam
               bidang seni visual dan seni muzik.


                  Penulisan dalam buku teks ini lebih menerapkan unsur kecerdasan pelbagai,
               pemikiran kritikal dan pengetahuan sedia ada bagi membantu murid untuk
               melakukan aktiviti individu mahupun berkumpulan. Pelaksanaan konsep kesenian
               bagi mata pelajaran Pendidikan Kesenian Tahun 2 (SK) adalah berdasarkan empat
               modul utama kurikulum, iaitu:


               -  Modul Bahasa Seni
               -  Modul Kemahiran Seni
               -  Modul Kreativiti dan Inovasi Seni
               -  Modul Apresiasi Seni


                  Kandungan buku teks ini dibahagikan kepada dua tema. Setiap tema mengandungi
               lima unit pembelajaran. Rancangan pembelajaran adalah untuk tempoh 60 minit bagi
               bidang seni visual dan 30 minit bagi bidang seni muzik. Kedua-dua bidang ini diterapkan
               seiring dalam setiap unit, iaitu dari segi penyediaan bahan dan penggunaannya.
               Kesemua aktiviti dalam buku teks ini bertujuan membolehkan murid:


                  mengetahui dan memahami bahasa seni
                  menguasai kemahiran asas
                  mengaplikasikan kemahiran asas
                  menghasilkan karya seni



















              iv
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10