Page 10 - Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 3
P. 10

Projek Kesenian Penggal Satu




               Sudahkah kamu bersedia untuk melangkah ke alam ria
               Pendidikan Kesenian Tahun 3? Kamu pasti seronok dan teruja
               untuk membuat persembahan pada akhir penggal satu nanti.

               Gunakan kreativiti kamu dan rakan-rakan untuk bersama-sama
               membuat persembahan muzikal dan pameran. Selamat berjaya!


                 Aktiviti 1: Sebelum

                 1.   Kumpul dan pilih hasil karya murid
                    yang bersesuaian dengan tema muzikal
                    yang dipilih dari Unit 1 hingga Unit 5
                    sebagai prop persembahan.
                 2.  Bentukkan empat kumpulan.
                    (i)  Kumpulan A: Latihan nyanyian
                    (ii) Kumpulan B: Latihan lakonan
                       dan pergerakan
                   (iii) Kumpulan C: Latihan alat perkusi
                      mengikut detik lagu
                   (iv) Kumpulan D: Persediaan prop dan
                       kostum persembahan
                 3.  Buat jadual latihan.
                 4.  Sediakan aturan persembahan.






                 Aktiviti 2: Semasa
                 1.  Setiap kumpulan bersedia dengan
                   peranan masing-masing.
                 2.  Susun prop di pentas persembahan.
                 3.  Bersedia dengan kostum dan alat perkusi.
                 4.  Buat persembahan secara teratur
                    dan berdisplin.



                 Aktiviti 3: Selepas

                 1.  Kemas dan simpan semua hasil karya,
                   prop dan kostum dengan baik.
                 2.  Pastikan tempat persembahan bersih
                   dan teratur.
                3.  Buat apresiasi persembahan.
                4.  Sediakan laporan bergambar seperti folio.


               4
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15