Page 5 - Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 3
P. 5

•  Projek Kesenian Penggal Kedua
                    Unit 6  - Belon Udara Tinggi di Langit
                    Unit 7  - Oh, Berwarna-warni!
                    Unit 8  - Cantik Bercahaya
                    Unit 9  - Boneka Menari Mencuit Hati
                    Unit 10 - Seni Anyaman Berzaman


                    Setiap halaman dalam buku teks ini dilengkapi dengan foto dan ilustrasi bagi
                 menarik minat dan kefahaman murid terhadap aktiviti yang hendak disampaikan.
                 Secara  ideal, halaman berkembar dalam buku teks ini merujuk satu waktu pembelajaran
                 dan pengajaran bagi setiap minggu.


                    Bahan dan cadangan dalam buku teks ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan
                 panduan guru. Selain alat dan bahan yang terdapat dalam buku teks ini, guru boleh
                 membimbing murid mengeksplorasi alat dan bahan alternatif lain yang bersesuaian.
                 Secara tidak langsung, guru dapat mencungkil kreativiti dan inovasi serta menjana
                 potensi diri murid.


                    Di samping  itu, buku teks ini turut dibekalkan dengan DVD audio yang mengandungi
                 lagu dengan vokal, instrumental, minus one, latihan pic, latihan alat perkusi dan
                 latihan rekoder. Terdapat juga video aktiviti seni visual dan skor lagu yang dimuatkan
                 dalam bentuk QR code yang boleh diimbas dan dicapai melalui telefon pintar. Audio
                 dan video yang disertakan merupakan lanjutan kandungan dalam membantu
                 murid mencapai objektif pembelajaran dengan lebih baik. QR code yang disediakan
                 merangkumi audio terpilih, video penerangan sesuatu aktiviti serta skor lagu sebagai
                 panduan PdP guru di dalam kelas.

                    Jelajahi dan alami dunia pendidikan kesenian bersama-sama murid melalui
                 pendekatan didik hibur. Diharap  buku  teks ini dapat membantu murid  dan guru
                 dalam melaksanakan serta menjayakan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan
                 Negara serta melahirkan murid yang berdaya saing, kritis, kreatif dan inovatif.












                                                                                                       v
                                                                                                      v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10