Page 1 - BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
P. 1
PENGURUSAN ALAM
PEMBELAJARAN BAB 14
PENGENALAN
Pengurusan merupakan satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari
semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan manakala alam pembelajaran merupakan
keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam
mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu
kepada tahu. Oleh itu, pengurusan alam pembelajaran merupakan suatu cara atau langkah
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dimana pengurusan
tersebut dapat memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan
objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat
menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut. Pengurusan alam pembelajaran
juga melibatkan persediaan ke alam persekolahan dimana beberapa kemahiran asas
perlu dikuasai oleh guru untuk mengurus bilik darjah.
1.0 PERSEDIAAN KE ALAM PERSEKOLAHAN
Guru perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki kelas.
Antara elemen penting yang perlu disediakan adalah kebijaksanaan dan penilitian
dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Guru juga
perlu bijak merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan
rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Disamping
itu, guru perlu melibatkan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk menarik perhatian pelajar tehadap pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
pelbagai sumber dan aplikasi yang dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran
yang seronok dan dapat mengembangkan kreativiti murid serta melibatkan
pengetahuan dalam penggunaan teknologi. Seterusnya, semua aktiviti yang
dilaksanakan dan hasil pembelajaran perlu direkod dalam buku rekod mengajar.
Terdapat tiga perkara penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah iaitu set induksi, penyampaian isi dan penutup.

