Page 3 - BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
P. 3

3.0    AKSI GURU DI SEKOLAH

                          Guru  merupakan  ‘role model’  bagi murid  di  sekolah  dan  guru  yang mampu
                          mendidik  dan  meningkatkan  minat  murid  terhadap pembelajaran  dapat dilihat
                          dari;

                             i.   Strategi mengajar yang berkesan

                                  Guru di sekolah mestilah mempunyai strategi sendiri untuk menarik minat
                                  pelajar  dan dapat  menyemai  sifat yang  berunsurkan  kebersamaan dan
                                  interkasi murid di sekolah.

                             ii.   Alat bantu mengajar

                                  Seorang guru perlu  menyediakan alat  bantu  mengajar yang  dapat
                                  membantu  murid untuk memahami  dan menarik  minat  murid untuk
                                  belajar. Guru boleh menggunakan  pelbagai sumber  dan  aplikasi  pada
                                  masa kini  supaya  pelajar  terdedah  dengan  penggunaan  teknologi
                                  semasa disamping meningkatkan kreativiti murid.

                            iii.   Sistem maklumat pelajar

                                  Guru  perlu  mengurus  dan  mengemaskini  sistem maklumat murid  agar
                                  guru dapat  menyusun  strategi  pembelajaran yang  berkesan kepada
                                  murid. Selain itu,  sistem  maklumat  juga  dapat  membantu  guru  untuk
                                  melihat sejauh mana perkembangan  seseorang murid.

                            iv.   Pencapaian cemerlang

                                  Seorang  guru  dapat  melahirkan pelajar yang  cemerlang  dalam  bidang
                                  akademik mahupun kokurikulum dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
                                  rohani dan intelek.

                   4.0    REFLEKSI

                              •  Profesion sebagai seorang guru tidak  mudah dan  peranan  serta  tugas
                                  guru semakin mencabar seiring dengan perkembangan  teknologi  pada
                                  masa kini. Persediaan dari segi mental dan fizikal serta persediaan yang
                                  rapi sangat diperlukan sebelum berhadapan dengan murid.
                              •  Aspek  pengurusan  yang menyeluruh  tehadap murid sudah menjadi
                                  tanggungjawab  bersama  oleh  semua  pihak  untuk melihat proses
                                  perkembangan  pembelajaran anak-anak  di sekolah.  Oleh itu,  semua
                                  pihak perlu berganding  bahu untuk  mencapai matlamat  sekolah  dan
                                  seterusnya dapat melahirkan modal insan yang berjaya pada masa akan
                                  datang.
   1   2   3   4