Page 38 - Panduan -Modul-Pra-Persetiaan-Pandu-Puteri-Remaja
P. 38
WAGGGS sentiasa menggalakkan pembentukan warganegara yang
bertanggungjawab, rela berkhidmat kepada masyarakat dan membina sahsiah diri
yang mulia. WAGGGS bebas daripada petangan politik dan berasaskan prinsip-prinsip
kepanduan iaitu Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri.
MATLAMAT
WAGGGS bermatlamat untuk mengeratkan tujuan dan fahaman prinsip WAGGGS
serta menggalakkan persahabatan antarabangsa.
OBJEKTIF
WAGGGS juga mempunyai objektif untuk membentuk keperibadian, melatih ahli
menjadi seorang yang berguna dan memberi khidmat kepada masyarakat.
PERSIDANGAN DUNIA
Persidangan Dunia diadakan tiga tahun sekali dengan usul-usul dasar dibentang untuk
dipertimbangkan atau diluluskan dan untuk melantik AJK dunia. Persidangan ke-27
telah diadakan di Singapura pada Jun 1990, yang ke-28 di Nyborg, Denmark dan yang
ke-29 di Kanada.
BIRO DUNIA
Biro ini bertindak sebagai urusetia yang mengendalikan dan menjalankan segala
urusan harian pejabat serta kerja kepanduan dengan kakitangannya yang terdiri
daripada pelbagai bangsa yang dikoordinasikan oleh seorang pengarah.
PUSAT DUNIA
4 buah Pusat Dunia:
1. Pax Lodge di London, England (menggantikan Olave House / Our Ark)
2. Our Chalet di Adelboden, Switzerland
3. Our Cabana di Cuernavaxa, Mexico
4. Sangam di Poona, India
Fungsi utama pusat-pusat dunia adalah untuk mempererat tali perhubungan antara
ahli-ahli kepanduan.
IKATAN DASAR
- Lencana Dunia dipakai oleh semua ahli
- Bendera Dunia digunakan semasa upacara dan istiadat
- Lagu Dunia
- Hari Peringatan (22 Februari)
- Sumbangan Tabung Hari Peringatan
BANTUAN
38

