Page 43 - Panduan -Modul-Pra-Persetiaan-Pandu-Puteri-Remaja
P. 43

Contoh:
               Saya mempunyai seorang datuk yang bernama John Stephenson,
        Umurnya sudah menjangkau 70 tahun. Walaupun usianya meningkat, apa
        yang mengkagumkan saya ialah dia seorang yang gigih dan tabah. Dia masih
        bertungkus-lumus bekerja di kedai runcitnya yang diusahakan sendiri di
        Melaka. Pekerjaannya selain daripada menjaga kedai runcit itu, dia juga perlu
        sentiasa memastikan bekalan dan bahan yang dijual mencukupi. Dia akan
        bekerja dari 7am hingga 6pm. Dia memang seorang yang dapat mengatasi
        segalah masalah dan rintangan yang dihadapinya.
               Saya selalu membantu datuk saya menguruskan kedai runcitnya pada
        hujung minggu. Saya akan menolong datuk saya menghantar barangan yang
        dipesan oleh pelanggannya. Saya juga akan mengunjungi datuk saya apabila
        saya mempunyai masa terluang untuk memastikan datuk saya tidak
        kebosanan.
               Saya berasa sangat gembira melihat datuk saya yang bersungguh-
        sungguh menguruskan kedai runcitnya. Bukan sahaja dapat membantu datuk
        saya, saya juga mendapat banyak pengalaman dalam urusniaga.





                          Gambar-gambar anda bersama dengan
                             datuk / nenek yang disebutkan







        Diakui oleh,
           Vanessa  .
        (Vanessa V.)

                                                                            43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48