Page 137 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 137

umber
                                                                                                    enaga
                                                                                          BAB 7 : S
                                                                                          BAB 7 : S umber  T T enaga
                                                                                          BAB 7 : Sumber Tenaga
                 Tenaga Pasang Surut di China
                 •  Kawasan pantai yang panjang dan julat pasang
                   surut air laut yang tinggi menggalakkan
                   penggunaan tenaga dari air laut di China.
                 •  Stesen jana kuasa hidroelektrik yang menggunakan
                   pasang surut terdapat di Zhejiang, Baishakou,
                   Guozishan dan Xingfuyang.


                                                                            Stesen jana kuasa pasang surut


                                                     Tenaga Hidrogen di Denmark
                                                     •  Denmark merupakan negara yang memajukan
                                                       penggunaan tenaga hidrogen dengan pesat.
                                                     •  Kerajaan Denmark menyediakan pelbagai kemudahan
                                                       untuk memajukan penggunaan tenaga tersebut.
                                                     •  Antara kemudahan yang disediakan ialah menyediakan
                                                       bantuan untuk penyelidikan dan mengecualikan cukai
                                                       bagi kenderaan yang menggunakan bahan api hidrogen.
                   Stesen pengisian bahan api hidrogen

                Tenaga Nuklear di Amerika Syarikat

                •  Amerika Syarikat merupakan pengeluar tenaga nuklear terbesar yang menyumbang lebih 30%
                  tenaga elektrik dunia.
                •  Amerika Syarikat mempunyai 98 reaktor tenaga nuklear yang dikendalikan oleh 30 syarikat kuasa
                  yang berbeza seperti Grand Gulf Nuclear Station di Mississippi, Braidwood Nuclear Generating Station
                  di Chicago dan Columbia Generating Station di Washington.
                • Pada tahun 2019, kapasiti purata jumlah elektrik yang dihasilkan di Amerika Syarikat kira-kira 94%
                  berbanding tenaga angin dan tenaga solar.
                • Tenaga elektrik yang dihasilkan bukan sahaja untuk kegunaan domestik tetapi dieksport ke negara
                  lain seperti China, United Kingdom dan India.


                    Aktiviti 7.2
                 Tajuk:    Kajian kes tentang potensi tenaga boleh baharu yang boleh dimajukan di Malaysia.
                 Objektif:  Mengenal pasti potensi tenaga boleh baharu yang boleh dimajukan di Malaysia.
                 Alatan:   Kertas sebak, gambar daripada kerja lapangan dan alat tulis.
                 Langkah-langkah:
                 1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
                 2.  Murid diminta menjalankan kajian tentang perkara berikut:
                   •  menerangkan konsep tenaga boleh baharu
                   •  menyenaraikan jenis-jenis tenaga boleh baharu di kawasan kajian
                   •  mengenal pasti potensi tenaga boleh baharu di kawasan kajian
                   •  menjelaskan faktor-faktor yang menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu di kawasan kajian
                 3.  Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian dan menulis laporan adalah dua minggu.
                 4.  Guru akan menilai hasil kajian setiap kumpulan.

                                                                                                           29
                                                                                                         129
                                                                                                         1 1 29
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142