Page 134 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 134

Sumber Tenaga Tidak Boleh Baharu di Dunia

               Bahan api fosil iaitu petroleum, gas asli dan arang batu merupakan sumber tenaga yang banyak
               digunakan di seluruh dunia. Jadual 7.1 menunjukkan negara pengeluar utama bagi petroleum,
               gas asli dan arang batu.

                  Jadual 7.1: Negara Utama dalam Pengeluaran Bahan Api Fosil  Kod QR
                 Sumber      Petroleum     Gas asli    Arang batu
                  tenaga                                              Layari laman web berikut untuk
                                                                      mengetahui maklumat tentang
                           1. Amerika    1. Amerika  1. China         sejarah penerokaan minyak
                               Syarikat      Syarikat  2. Amerika     dan gas di Brunei Darussalam
                Pengeluar  2. Arab Saudi  2. Rusia        Syarikat    serta peranannya dalam sejarah
                                                                      dan pembangunan negara tersebut.
                utama      3. Rusia      3. Iran      3. Australia
                           4. Kanada     4. Qatar     4. India
                           5. China      5. Kanada    5. Indonesia    (Sumber: https://eravisi.com/
                                                                      geo/tg5/ms126/ )
                                            (Sumber: ms.eferrit.com, 2020)

               Petroleum dan Gas Asli di Brunei Darussalam

               •  Brunei Darussalam merupakan antara negara pengeluar
                 petroleum dan gas asli.
               •  Hasil petroleum dan gas asli menjadikan Brunei Darussalam
                 negara yang kaya dan merupakan antara negara
                 dengan pendapatan per kapita tertinggi di Asia Pasifik.

               •  Kawasan lokasi utama di daratan ialah Medan Minyak Seria
                 dan Medan Minyak Rasau.
               •  Kawasan lokasi utama di laut ialah Medan Minyak Champion,
                 Medan Minyak Barat Daya Ampa serta Medan Minyak
                 dan Gas Fairley.



                                 Info
                                 Info                                                Pelantar minyak
                                Geogra
                              Beberapa peristiwa dalam sejarah pengeluaran petroleum dan gas di Brunei:
                              1929 - Cari gali secara komersial pertama dilakukan di Seria
                              1972 - Kilang LNG Brunei Darussalam mula beroperasi
                              1991 - Medan minyak Seria mencapai pengeluaran satu bilion tong
                              2002 - Syarikat Brunei National Petroleum Sdn. Bhd. ditubuhkan


               Arang Batu di India
               •  India merupakan antara pengeluar arang batu utama di dunia.
               • India mempunyai rizab arang batu yang besar iaitu yang ke-4 terbesar di dunia.
               • Permintaan untuk arang batu dari India meningkat dengan ketara dan pengeluaran mencapai
                 kira-kira 1 juta tan metrik setiap tahun.
               • Kawasan pengeluaran arang batu utama di India ialah bahagian timur dan tengah negara tersebut,
                 iaitu di Jharkhand, Odisha, Chhattisgarh, Bengal Barat (West Bengal), Madhya Pradesh, Telangana
                 dan Maharashtra.


          1 1 26
          126
           26
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139