Page 18 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 18

1.3        Menghasilkan Graf Bar Berganda, Graf Garisan Berganda

                             dan Carta Pai


                  Langkah-langkah Membina Graf Bar Berganda

                Jadual 1.1: Bilangan Murid SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad Mengikut Jantina di antara Tahun 2017 hingga 2019
                                                           Bilangan murid (orang)
                            Jantina
                                                  2017               2018              2019
                            Lelaki                 623                569               573
                          Perempuan                434                456               479
                            Jumlah                1057               1025              1052
                                 (Sumber: Aplikasi Pangkalan Data Murid SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad, 2019)
               Jadual 1.1 menunjukkan maklumat tentang bilangan murid SMK Tg Panglima Perang Tg  Muhammad
               mengikut jantina di antara tahun 2017 hingga 2019. Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas,
               kita boleh membina graf bar berganda seperti yang berikut.



                                                                         Bilangan murid
               Langkah 1                                                   (orang)

               (a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar.                 700
                                                                           600
               (b) Labelkan bagi kedua-dua paksi tersebut. (Paksi menegak  500
                  mewakili bilangan murid dan paksi mendatar mewakili tahun).  400
               (c) Menentukan skala yang bersesuaian berdasarkan data yang   300
                     diperoleh, contohnya 1 cm mewakili 100 orang murid.   200
                                                                           100
                                                                            0                       Tahun
              Bilangan murid                                                    2017   2018   2019
                 (orang)
                700
                600
                500                              Langkah 2
                400
                300                              (a) Lukiskan bar-bar mewakili bilangan murid lelaki
                200                                  dan perempuan mengikut tahun.
                100                              (b) Tinggi bar menunjukkan bilangan murid.
                 0                        Tahun
                      2017   2018   2019
                                                                                       Jumlah Murid
                                                                         Bilangan murid   SMK Tg Panglima Perang
               Langkah 3                                                   (orang)     Tg Muhammad
                                                                           700     Mengikut Jantina di Antara
                                                                                    Tahun 2017 hingga 2019
               (a) Lorek atau warnakan bar yang telah dilukis. Lorekan atau warna      600
                   mestilah berbeza bagi menunjukkan perbezaan setiap bar.  500
               (b) Sediakan petunjuk berpandukan lorekan atau warna        400
                   yang telah dibuat pada setiap bar.                      300                     Petunjuk
                                                                                                    Lelaki
               (c) Tuliskan tajuk yang sesuai.                             200                      Perempuan
               (d) Tuliskan skala graf di bahagian bawah graf.             100 0                    Tahun
                                                                                2017   2018   2019
          10 10                                                                   Skala: 1 cm mewakili 100 orang murid
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23