Page 20 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 20

Langkah-langkah Membina Carta Pai
               Untuk melukis carta pai, kita perlu mengumpulkan data terlebih dahulu. Berdasarkan data yang diperoleh,
               kita perlu menukar maklumat kepada bentuk peratus dan sudut sektor. Kedua-dua perkara tersebut
               penting untuk melukis carta pai dengan betul dan tepat.

                         Jadual 1.3: Jumlah Penjualan Kenderaan Syarikat Garuda Mengikut Jenama pada Tahun 2020
                              Jenama           Jumlah Penjualan      Peratus    Sudut sektor
                            Kenderaan                (unit)            (%)           (0)
                                 A                  137 225            42            151
                                 B                   91 830            28            101
                                 C                   51 799            16            58
                                 D                   31 426            10            36
                                 E                   14 060             4            14
                              Jumlah                326 340            100           360



                          Cara pengiraan peratus                     Cara pengiraan sudut sektor
                           penjualan kenderaan                          penjualan kenderaan

                          Bilangan jenama kenderaan           Sudut    Bilangan jenama kenderaan
                 Peratus =                        x 100               =                        x 360 o
                                 Jumlah penjualan kenderaan     sektor     Jumlah penjualan kenderaan

                                 137 225    x 100 = 42%                       137 225                = 151 o
                                                                              x 360
                                                                                   o
                                                                     =
                        =
                          326 340                                      326 340
               Berdasarkan maklumat peratus dan sudut sektor, kita boleh membina carta pai mengikut
               langkah-langkah berikut.









              Langkah 1

              (a)  Gunakan jejari 5 cm, lukis bulatan                          Jejari 5 cm
                  dengan menggunakan jangka lukis
                  di atas sehelai kertas graf.
              (b)  Lukis garisan tegak dari pusat                        Pusat bulatan
                  bulatan sebagai jejari 5 cm bagi saiz
                  bulatan tersebut.












          12
          12
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25