Page 34 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 34
Kepentingan Foto Satelit
• Membolehkan rakaman kawasan muka
bumi yang lebih luas dan terperinci.
• Memaparkan pola guna tanah yang berbeza
bagi satu kawasan yang luas seperti kawasan
tepu bina di bandar dengan kawasan pertanian.
• Menunjukkan fenomena cuaca dan iklim
seperti banjir, jerebu, suhu bandar dan El Nino.
• Memaparkan arah aliran sungai, jalan raya, Foto satelit kawalan lalu lintas
lebuh raya dan jalan kereta api.
• Memudahkan pihak berkenaan membuat
ramalan dan perancangan tentang cuaca,
saliran, tumbuh - tumbuhan dan galian.
• Memudahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
serta Jabatan Parit dan Saliran, membuat
ramalan dan perancangan tentang pembangunan
guna tanah di sesebuah kawasan.
• Foto satelit juga membantu memudahkan
unit Polis Trafik mengawal aliran trafik pada
masa puncak.
Foto satelit aktiviti guna tanah
Kod QR
Foto satelit digunakan dalam bidang
perlombongan untuk mengesan mineral
berharga di dalam bumi. Layari laman
web berikut untuk mengetahui cara-cara
satelit digunakan untuk tujuan tersebut.
(Sumber: https://eravisi.com/geo/tg5/
ms026/ )
Foto satelit ramalan cuaca
Aktiviti 2.1
Tajuk: Pertandingan fotografi bentuk muka bumi di sekitar kawasan tempat tinggal murid.
Objektif: Mencungkil bakat dan kreativiti dalam kalangan murid.
Alatan: Kamera, telefon bimbit, komputer, pencetak dan kertas foto.
Langkah-langkah:
1. Murid dibahagikan kepada tiga hingga empat orang murid setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu merakam tiga keping foto berkaitan bentuk muka bumi yang terdapat
di sekitar kawasan tempat tinggal mereka dengan kreatif.
3. Foto-foto tersebut akan dipamerkan di sudut geografi kelas untuk dinilai oleh murid lain bagi
mencari pemenang.
26

