Page 63 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 63

enomena C
                                                                                               uac
                                                                                   BAB 3 : Fenomena Cuaca dan Iklim
                                                                                   BAB 3 : F
                                                                                                 a dan Iklim
                 Di negara kita, Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa membuat pemantauan tentang kemarau.
                 Masalah kekurangan air berlaku semasa cuaca lebih panas dan hujan sangat kurang. Bagi
                 menghadapi musim ini, pelbagai pihak perlu membuat persediaan.
                   Langkah persediaan

                   •   Catuan Air (Bekalan Air Berjadual)
                     Jabatan Bekalan Air (JBA) mengambil langkah mencatu bekalan air bagi mengatasi masalah
                     kekurangan air.
                   •   Air bawah tanah
                     Meneroka sumber air bawah tanah seperti penggunaan telaga tiub.
                   •   Pembenihan awan
                     Kerajaan melaksanakan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tiruan.
                   •   Kempen penjimatan air
                     Orang ramai digalakkan menggunakan sumber air dengan lebih berhemat.
                   •   Penguatkuasaan undang-undang
                     Mengenakan denda terhadap individu atau agensi yang melakukan pembaziran
                     dan pencemaran air.
                   •   Pemantauan cuaca
                     Jabatan Meteorologi Malaysia membuat pemantauan cuaca dan mengeluarkan amaran awal.
                   •   Bekalan air oleh JBA
                     Persediaan anggota dan jentera dibuat untuk menghantar bekalan air ke kawasan yang
                     terputus bekalan.
                   •   Agensi Kerajaan
                     Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia menghadapi kemungkinan
                     kebakaran hutan ketika musim kemarau.


















                  Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan         Misi membekalkan air ketika kemarau

                                                       Info
                       Uji                             Info
                       Minda                          Geogra

                  Pada pendapat anda, mengapakah    Kejadian kemarau mempunyai kaitan dengan kesan El Nino.
                  kebakaran hutan kerap berlaku ketika   Layari laman web berikut untuk mengetahui langkah-langkah
                  kemarau di negara kita? Apakah    persediaan menghadapi kesan El Nino.
                  langkah-langkah yang boleh dilakukan
                  untuk mengurangkan kejadian itu?  (Sumber: https://maru  sh.com/bencana-alam/el-nino-dan-la-nina/
                                                    persediaan-menghadapi-kesan-el-nino/ )

                                                                                                          55
                                                                                                          55
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68