Page 64 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 64

Persediaan Menghadapi Taufan

               Negara-negara yang sering mengalami taufan perlu membuat persiapan untuk menghadapi bencana
               tersebut bagi mengurangkan kesan yang bakal dihadapi. Contohnya, negara Filipina, Taiwan, Jepun
               dan Amerika Syarikat telah menjalankan beberapa langkah persediaan untuk menghadapi taufan.
 Negara-negara yang sering mengalami taufan perlu membuat persiapan untuk
 menghadapi bencana tersebut bagi mengurangkan kesan yang bakal dihadapi.  Persediaan Menghadapi Taufan di Amerika Syarikat dan Jepun
               •  Amerika Syarikat memperkenalkan sistem pengurusan bencana dengan kerjasama beberapa Badan
                 Bukan Kerajaan (NGO) seperti United Nations Disaster Relief Organization (UNDRO). Sistem ini
                 merangkumi pengurusan bencana dari segi pencegahan, persediaan, tindakan dan pemulihan.
               •  Menggunakan teknologi penderiaan jauh (remote sensing) dalam mengesan dan meramal bencana.
               •  Persediaan bencana sebagai subjek formal dan dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan
                 rendah, menengah dan pengajian tinggi.
               •  Orang ramai juga diberi latihan pengurusan bencana.
               •  Rakyat Jepun dididik cara-cara menyelamatkan diri ketika berlaku bencana semenjak di sekolah
                 rendah lagi.









                                                                       Glosari
                                                                       Glosari
                                                                  Penderiaan jauh: Proses mengesan
                                                                  dan memantau ciri-ciri fizikal suatu kawasan
                                                                  untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu
                                                                  objek, daerah atau fenomena dari jarak jauh
                                                                  dengan menggunakan satelit, radar, kapal
                                                                  terbang atau dron.

                           Misi menyelamatkan mangsa banjir


                   Aktiviti 3.2
                Tajuk:    Pelan tindakan menghadapi fenomena cuaca dan iklim.
                Objektif:  Menghuraikan persediaan menghadapi fenomena cuaca dan iklim.
                Langkah-langkah:
                1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                2. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran TMK, cari info berkaitan langkah semasa
                  berlakunya bencana. Langkah tersebut adalah langkah mudah sebagai panduan ahli
                  keluarga anda.
                3. Bentangkan dapatan kajian anda dengan memaparkan maklumat tersebut di hadapan kelas.
                4. Guru membuat penilaian keberkesanan.








          56
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69