Page 99 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 99

BAB 5 : Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

                    5.4       Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan

                              Liar Terhadap Keseimbangan Ekosistem


                 Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda hidup (biotik) dengan benda bukan
                 hidup (abiotik) dalam alam semula jadi. Ekosistem  berbeza-beza berdasarkan tempat dan saiz,
                 contohnya ekosistem hutan, laut, pinggir pantai, sungai, tasik dan kolam. Dalam setiap ekosistem,
                 terdapat komponen-komponen yang berbeza antara satu dengan lain.


                                                       Ekosistem

                                    Biotik                                      Abiotik





                   Pengeluar      Pengguna       Pengurai          Cahaya         Tanih         Air
                                                                  Matahari

                                   Primer

                                                                            Udara       Mineral
                                  Sekunder



                                   Tertier
                                                 Rajah 5.7: Komponen-komponen ekosistem

                 Keseimbangan Ekosistem
                 • Keseimbangan ekosistem hutan penting bagi memelihara, melindungi dan mengekalkan
                  sumber tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar untuk masa hadapan.
                 • Ekosistem hutan membekalkan sumber kayu kayan, ubat-ubatan, rotan, buluh dan kulit kayu
                  terutamanya dari kawasan hutan.
                 • Ekosistem hutan membantu dalam peningkatan kualiti udara di samping mengekalkan
                  keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen di dalam udara.
                 • Tumbuh-tumbuhan hijau berfungsi sebagai sumber makanan yang membekalkan tenaga
                  kepada pengguna dan dapat menyederhanakan suhu.
                 • Ekosistem akuatik terdiri daripada ekosistem air masin atau laut dan ekosistem air tawar seperti sungai
                   dan tasik. Dalam ekosistem akuatik terdapat pelbagai organisma yang bergantung antara
                  satu sama lain dengan komponen abiotik di persekitaran mereka.
 Hutan Monsun Tropika
                  Komponen biotik yang terdapat dalam ekosistem akuatik
                  termasuklah tumbuh-tumbuhan seperti alga dan lumut serta haiwan
                  seperti ikan, ketam, udang, berudu dan katak. Terdapat juga
                  hidupan lain seperti plankton dan diatom.

                    Info
                    Info
                    Geogra
                 Hutan dipterokarpa adalah hutan tanah pamah yang terdapat di ketinggian
                 300 m dari paras laut yang mempunyai bilangan pokok yang padat        Ekosistem hutan
                 dan berbagai-bagai jenis. Spesies utama ialah pokok meranti, balau dan kapur.            91 91
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104