Page 98 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 98

Ciri-ciri Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi
            di Hutan Hujan Tropika

            • Terdiri daripada empat lapisan iaitu lapisan                                           50 m
              renjong, lapisan kanopi, lapisan tengah        Lapisan
              dan lapisan lantai hutan.                      renjong
            • Lapisan renjong terdiri daripada pokok berkayu                                         40 m
              keras yang mempunyai ketinggian di antara 40 meter
              hingga 50 meter. Pokok berbatang lurus dan
              berakar banir seperti cengal, meranti, keruing,   Lapisan
              kapur, balau, merbau dan nyatoh.               kanopi                                  30 m
            • Lapisan kanopi terdiri daripada pokok-pokok
              malar hijau yang tumbuh padat pada ketinggian
              20 meter hingga 40 meter. Pokok berdaun lebar                                          20 m
              dan tirus membentuk kanopi yang menghalang     Lapisan
              cahaya matahari untuk sampai ke lantai hutan.   tengah
            • Di lapisan tengah berada pada ketinggian 10 meter                                      10 m
              hingga 20 meter. Terdapat tumbuhan epifit,     Lapisan
              parasit dan liana seperti paku pakis, orkid dan rotan.   lantai
            • Di lapisan lantai hutan yang kurang dari 10 meter,   hutan                             0
              pokok tumbuh jarang kerana kurang mendapat
              cahaya matahari. Terdapat pelbagai jenis saprofit   Rajah 5.6: Lapisan Hutan Hujan Tropika
              seperti cendawan dan kulat yang tumbuh pada
              pokok-pokok mati dan daun-daun reput.


                Hutan Monsun Tropika

               Hutan Monsun Tropika terdapat di antara latitud 10⁰U hingga 30⁰U dan 10⁰S hingga 30⁰S. Kawasan
               ini menerima hujan tahunan antara 1000 mm hingga 2000 mm. Iklim di kawasan ini hampir
               sama dengan iklim khatulistiwa tetapi mempunyai musim lembap dan musim kering yang nyata.
               Taburan Hutan Monsun Tropika yang utama termasuklah termasuklah Pakistan, India, Myanmar,
               utara Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam.


            Ciri-ciri Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi
            di Hutan Monsun Tropika

            •  Hutan yang jarang dan berlapis-lapis tetapi tidak
              begitu nyata.
            • Pokok tumbuh antara 20 meter hingga 30 meter.
            • Mempunyai pokok berkayu keras, berdaun lebar
              dan berakar tunjang seperti jati, pyinkado, cendana,
              penaga, kayu putih dan sal.
            • Daun pokoknya gugur pada musim kering.
            • Terdapat pokok renek seperti palma dan tumbuhan
              menumpang seperti tumbuhan epifit dan liana.                      Hutan Monsun Tropika
            • Lantai hutan padat dengan pelbagai
              tumbuh-tumbuhan disebabkan cahaya matahari               Glosari
                                                                       Glosari
              yang boleh sampai ke bawah seperti buluh,
              paku pakis dan rotan.                               Malar hijau: Tumbuhan yang sentiasa berdaun
                                                                  sepanjang tahun dan tidak menggugurkan daun
                                                                  walaupun suhu berubah.
                                                                  Epifit: Tumbuhan yang hidup pada tumbuhan
                                                                  lain tetapi ia mencari makanan sendiri.
                                                                  Liana: Tumbuhan menjalar dan memanjat untuk
                                                                  mendapatkan cahaya matahari.
          90
          90
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103