Page 2 - BUKU LOG KRS (D20192091840)
P. 2

SEJARAH


                   PRAKATA




                   Kadet  Remaja  Sekolah  telah  diluluskan  penubuhannya  di  sekolah-sekolah  oleh
                   Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhannya disempurnakan oleh

                   YB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada

                   20 Jun 1995 di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Dalam tahun yang
                   sama pada bulan November – Disember seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai

                   jurulatih  Kadet  Remaja  Sekolah  di  peringkat  sekolah.  Kursus-kursus  ini  telah
                   diadakan  di  Pusat-pusat  Kokurikulum  Bachok  (Kelantan),  Singkir  (Kedah),  Bukit

                   Kolah  (Terengganu)  dan  Santubong  (Sarawak).  Jabatan-Jabatan  Pendidikan  Negeri
                   kemudiannya  diminta  untuk  menjalankan  kursus  yang  sama  bagi  menyediakan

                   jurulatih di peringkat sekolah.




                   Bagi  tujuan  mempercepat  dan  melicinkan  pelaksanaan  pasukan  ini,  Kementerian

                   Pendidikan seterusnya  mengeluarkan  buku-buku  panduan sebagai rujukan di semua

                   peringkat  pengurusan.  Antara  buku-buku  yang  diterbitkan  sebelum  ini  ialah  Buku
                   Perlembagaan  Kadet  Remaja  Sekolah,  Buku  Tatacara  Pemakaian  Kadet  Remaja

                   Sekolah,  Buku  Kawad  Kadet  Remaja  Sekolah  dan  Buku  Kurikulum  Latihan  Kadet
                   Remaja Sekolah. Kini buku-buku ini telah dimurnikan lagi dan dijadikan sebuah buku

                   sahaja  untuk  memudahkan  pengurusan  pasukan  Kadet  Remaja  Sekolah  dan  Tunas
                   Kadet Remaja Sekolah.





                   Buku ini diterbitkan khusus untuk menjelaskan konsep, falsafah, matlamat dan hal-hal
                   yang berkaitan dengan pengurusan pasukan ini. Dengan usaha ini, adalah diharapkan

                   agar semua pihak yang terlibat melaksanakan pasukan, menyesuaikan apa jua langkah
                   dan  tindakan  yang  diambil  supaya  bertepatan  dengan  kehendak-kehendak  yang

                   dinyatakan.  Justeru,  buku  ini  amat  sesuai  digunakan  oleh  guru-guru  Kadet  Remaja
                   Sekolah sama ada guru yang terlatih atau guru-guru Kadet Remaja Sekolah yang baru

                   dilantik sebagai Guru Kadet Remaja Sekolah yang masih belum berkesempatan untuk

                   mengikuti kursus kejurulatihan.
   1   2   3   4   5   6   7