Page 4 - BUKU LOG KRS (D20192091840)
P. 4

ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN    (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa

                   buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah  mula menubuhkan KPIM. Di antaranya
                   ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla  Bin

                   Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz
                   dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En.

                   Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di
                   seluruh  negara  telah  menubuhkan  KPIM.  Usaha  untuk  menubuhkan  KPIM  secara

                   rasmi  dan  bernaung  di  bawah  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  telah  dimulakan

                   pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri
                   Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan

                   Malaysia  pada  13  September  1993.  Di  dalam  pertemuan  ini  tesis  mengenai  KPIM

                   telah  dibentangkan.  Hasilnya,    sebuah  jawatankuasa  kecil  telah  dibentuk  untuk
                   menyediakan    kertas kabinet .    Jawatankuasa    ini mencadangkan agar pasukan ini

                   diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun
                   nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)




                   Sementara  itu  taklimat  dan  pendedahan  kepada  Pengarah-Pengarah  Bahagian

                   Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan

                   oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan
                   agar  nama  pasukan  ini  ditukar  kepada    KADET  REMAJA  SEKOLAH    (  KRS  )

                   yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki
                   atau  perempuan.  Upacara  Pelancaran  KADET  REMAJA  SEKOLAH  Peringkat

                   Kebangsaan    telah diiaksanakan pada            20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam
                   1416 oleh  Yang  Berhormat  Dato’  Seri  Mohd  Najib  Tun  Hj  Abdul  Razak,  Menteri

                   Pendidikan  Malaysia  di  Sekolah  Menengah  Raja  Abdullah  ,  Jalan  Kepong,  Kuala

                   Lumpur.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9