Page 67 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 67
Karya ini menceritakan pengalaman penulis
pada satu malam Sabtu semasa penulis
tinggal berseorangan di rumah kerana ibu
bapanya menghadiri sebuah majlis
perkahwinan. Tiba-tiba, penulis terdengar
ketukan yang sangat kuat dari arah pintu.
Penulis berasa amat takut dan walaupun
duduk di dalam rumah yang mempunyai
pendingin hawa, penulis berpeluh-peluh.
Ketukan semakin kuat membuatkan penulis
bertambah takut. Penulis memberanikan diri
untuk ke dapur dan mengambil pisau. Tiba-
tiba semua lampu di rumahnya mula
berkelip-kelip menyebabkan penulis berasa
panik. Tiba-tiba, apabila pintu terbuka,
muncullah Ramu, kawan kepada penulis.
Rupa-rupanya, Ramu sakit tekak dan tidak
dapat menjerit, jadi dia hanya ketuk pintu
dengan kuat. Penulis berasa tenang, namun
kelipan lampu di rumahnya masih kekal
menjadi tanda soal.

